PELANCONGAN
ARKIB : 10/10/2009
Percutian lengkap di Dubai
![]() |
Destinasi-destinasi pelancongan di Dubai yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong. |
GABUNGAN unik moden dan tradisional menjadikan Dubai antara destinasi pelancongan paling digemari di dunia pada masa kini dengan tawaran pelbagai pakej pelancongan yang pastinya memuaskan.
Penempatan yang bermula kira-kira 5,000 tahun lalu itu kini muncul sebagai bandar paling moden di dunia, tempoh pembangunan terpantas yang pernah dilakukan dalam tamadun manusia.
Bahkan sehingga kini, kerja-kerja pembinaan masih lagi rancak dilakukan termasuk pada bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Dubai yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.
Projek pembinaan yang berterusan siang dan malam itu sedikit sebanyak meninggalkan persoalan tentang apa lagi yang bakal 'diisi' ke dalam bandar metropolitan di pesisir Teluk Parsi itu.
Tidak hairanlah jika rekod kemasukan pelancong melalui aktiviti pelancongan dan perdagangan di Dubai sejak beberapa tahun kebelakangan ini mencecah angka enam juta orang setiap tahun.
Terlalu banyak tarikan yang terdapat di Dubai. Itulah yang sering diungkapkan pelancong dan tarikan sebenar semestinya pada struktur tertinggi di dunia, Burj Dubai. Bangunan setinggi 818 meter yang kini menjadi binaan paling kerap dirakamkan gambar.
Satu lagi tarikan Dubai adalah Burj Al-Arab. Hotel bertaraf tujuh bintang setinggi 321 meter yang pernah menjadi hotel tertinggi di dunia sebelum ketinggian itu dipintas oleh Hotel Rose (333 meter), juga di Dubai.
Dubai menawarkan pelbagai tarikan pelancongan bagi pengunjungnya. Kota metropolitan yang moden dan indah ini pastinya menjadi syurga kepada mereka yang gemar membeli-belah.
Lawati Dubai Mall di Downtown Burj Dubai yang merupakan antara pusat membeli-belah terbesar di dunia dengan keluasan 12.1 juta kaki persegi.
Selain itu, pengunjung juga disaran untuk berkunjung ke Wafi City Mall, Burjuman Mall, Mercato Mall, Ibn Battuta Mall dan banyak lagi.
Padang pasir sentiasa menjadi perkara utama yang terbayang di fikiran sekiranya memilih destinasi pelancongan di Tanah Arab. Namun, jangan terkejut jika Dubai juga terkenal dengan saljinya.
Ski Dubai yang terletak di dalam Mall of Emirates merupakan pusat ski dalam bangunan yang memiliki luncuran buatan ketiga tertinggi di dunia dengan ketinggian 400 meter. Ski Dubai ini dipenuhi dengan 6,000 tan salji, menjadikannya sebuah tempat yang mesti dikunjungi.
Keseronokan bercuti bersama keluarga di Dubai dapat dipastikan dengan membawa mereka ke Taman Tema yang terdapat disana seperti Al-Nasr Leisure Land , Wild Wadi Water Park dan Aquaventure (Atlantis The Palm). Tidak ketinggalan, bermandi-manda dan bersantai di pesisiran pantai di Jumeirah Beach Park .
Sebenarnya Dubai masih mempunyai banyak tarikan seperti The Worlds, Pulau Palms, Masjid Jumeirah, Pasar Souks dan tapak warisan Bastakiya yang mungkin memerlukan pelancong tinggal lebih lama atau datang semula ke Dubai.
The Worlds, rangkaian 300 buah pulau juga bakal menjadi tarikan paling utama dengan pakej pelancongan eksklusif dan mewah. Tidak jauh dari situ, satu lagi kepulauan buatan manusia dibangunkan.
Kini, AirAsia menawarkan kadar tambang rendah ke Dubai melalui Abu Dhabi. Dapatkan maklumat lanjut di airasia.com dan goholiday.airasia.com untuk mengetahui pakej-pakej hotel yang disediakan.
The Jana gamit memori desa
Indahnya Hong Kong
Nikmati percutian terindah
Suria Cherating gamit ketenangan
Menu 'kejutan' tarikan Amyra Tom Yam
Kemeriahan Sarawak Regatta 2014
Menawannya bumi Bali
Percutian ala nelayan di Laguna Setiu
Laut Mati China
Menerjah dingin Melbourne
Berlibur di kota Bandung
Tak suka kerenah polis macam...!
Keunikan Kabupaten Lima Puluh Kota
Sahut panggilan pulau
Sajian barat identiti Bayu Bistro
I amsterdam penuhi kepelbagaian cita rasa pelancong
Berhujung minggu di Janda Baik
August Fest tampil unik
Keramahan bumi Kelabit
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












