saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/10/2009

Kami nak popular - BLIZ


Kita sama-sama nak cari makan. Jadi tak ada masalah rasanya untuk kita sama-sama berjuang dalam bidang muzik – Zahrin


BLIZ? Siapa Bliz? Pasti ramai yang menggelengkan kepala tanda kerana tidak mengenali siapakah gerangan tiga anak muda ini.

Biarpun kurang dikenali di arus perdana, namun Bliz sebenarnya telah mencipta nama di arena underground dan kumpulan ini juga sering kali bermain di gig-gig yang sering kali diadakan di seluruh negara.

Dianggotai oleh Mohaid Adib Rosli, 21 tahun yang bertindak sebagai vokalis dan gitaris, Zahrin Zamzuri (27, bassist) dan Mohd. Saufi Ghafar (24, drum) mereka kini optimis yang populariti itu penting bagi menaikkan nama mereka.

“Kalau anda tanya apa yang kami mahu pasti saya akan cakap kami mahu popular dan kami mahu banyak duit. Itu memang impian kami dan sudah pasti ia perlu disertakan dengan usaha yang keras.

“Saya cukup tak suka orang berkata pemain muzik macam kami tak boleh cari makan. Kami mahu membuktikan yang ahli muzik juga mampu hidup senang macam orang lain,” kata Zahrin yang menjadi jurucakap kepada kumpulan ini.

Sukar sebenarnya untuk mentafsir apa yang bermain di fikiran mereka. Mungkin ada yang akan berkata yang bukan-bukan mengenai mereka tetapi apa yang dikatakan Zahrin mungkin ada benarnya.

Menjejakkan kaki ke arus perdana bukan menjadi kejanggalan. Malah sudah banyak kumpulan-kumpulan muzik tanah air yang popular pada hari ini datangnya dari aliran underground.

Lihat sahaja nama-nama besar hari ini seperti Butterfingers, Hujan, Meet Uncle Hussain dan Bunkface yang sebelum ini turut sama berada pada landasan yang sama dengan kumpulan Bliz.

Tapi kini nama mereka sudahpun begitu mekar di arus perdana dek kehebatan yang ditonjolkan selama ini disertakan dengan muzik yang bagus.

Namun ada kalanya peminat underground ini tidak dapat menerima hakikat yang kumpulan kegemaran mereka sudahpun menerobos ke arus perdana dan seolah-olah ia menjadi satu dosa yang tak terampun sehinggakan ada yang sanggup melakukan perkara negatif.

Bagi Zahrin semua itu bukan masalah memandangkan masing-masing ada impian dan sudah pasti setiap kumpulan ada strategi tersendiri.

“Kami tidak pernah menolak untuk ke arus perdana. Bukankah lebih baik muzik yang kami mainkan diterima ramai dan sudah semestinya perkara yang paling penting orang ramai perlu mendengar dahulu.

“Bila sesebuah lagu itu dimainkan sama ada di radio mahupun di televisyen sudah pasti ada yang akan suka. Perkara itu sangat penting dan kami mahu melakukannya sekarang.

“Sama juga hal yang berlaku pada mana-mana kumpulan muzik. Ada yang mencari kepuasan, ada yang mencari populariti dan tak kurang juga yang mencari makan melalui bidang muzik,” kata Zahrin lagi.

Buat masa ini lagu Mimpi Yang Mati nyanyian mereka sudahpun diputarkan di kebanyakan stesen radio dan kata Zahrin lagi kebanyakan peminat memberikan respons yang positif terhadap lagu mereka.

Buat masa ini EP mereka yang mengandungi lima buah lagu sudahpun diputarkan di kebanyakan stesen radio dan di dalam Youtube juga ramai yang menyukai lagu tersebut.

“Berpandukan kepada sambutan peminat terhadap lagu Mimpi Yang Mati inilah kami yakin untuk bergerak selangkah kehadapan kerana kami yakin Bliz mampu bersaing dengan nama-nama besar yang lain.

“Walaupun ada yang menganggap ini adalah satu petanda yang baik kepada Bliz untuk lebih maju setanding dengan kumpulan-kumpulan yang sedia ada.

“Kita sama-sama nak cari makan. Jadi tak ada masalah rasanya untuk kita sama-sama berjuang dalam bidang muzik. Siapa yang mempamerkan kehebatan dan ikhlas berjuang, saya pasti ada tempat itu,” kata Zahrin lagi.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai mereka kumpulan Bliz boleh melayari www.myspace.com/blizmuzik dan www.facebook.com/blizmuzik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.