saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 12/10/2009

Surat terbuka guru kecewa

CORETAN ini khas ditujukan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan semua warga pendidik. Saya merupakan seorang warga pendidik yang telah berkhidmat selama 15 tahun. Saya telah membelanjakan duit poket sendiri hampir RM30,000 untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.

Baru-baru ini, saya telah ditawarkan jawatan pensyarah (DS 45) di salah sebuah universiti tempatan. Oleh itu, saya telah memohon pelepasan jawatan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Namun pihak kementerian menolak permohonan ini dengan alasan perkhidmatan saya diperlukan dan opsyen saya, Geografi, adalah subjek yang kritikal di sekolah.

Dalam surat yang sama, pihak KPM menyatakan sekiranya saya masih berminat untuk berkhidmat di universiti, saya perlu meletak jawatan. Tanpa berputus asa, saya telah mengemukakan rayuan demi rayuan sebanyak tiga kali. Amat mendukacitakan, semua rayuan ini ditolak.

Berdasarkan senario di atas, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia:

n Adakah sebarang pekeliling atau dasar yang menghalang seorang penjawat awam (guru) untuk bertukar dari Kementerian Pelajaran Malaysia ke kementerian yang lain?

n Saya tidak terikat dengan sebarang kontrak atau perjanjian dengan KPM. Selain itu, saya tidak menggunakan wang KPM untuk mendapatkan ijazah. Oleh itu mengapakah Bahagian Sumber Manusia tidak mengizinkan saya untuk berkhidmat di universiti?

n Mengapakah saya perlu letak jawatan untuk berkhidmat di universiti awam? KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi merupakan institusi kerajaan. Lagi pun saya masih akan berkhidmat di dalam bidang yang sama iaitu pendidikan. Ini kerana saya ditawarkan jawatan sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan.

n Mengapakah Bahagian Sumber Manusia perlu double standard dalam memberi pelepasan kepada guru untuk berkhidmat sebagai pensyarah di universiti? Beberapa orang rakan saya berjaya mendapat pelepasan daripada Bahagian Sumber Manusia untuk berkhidmat di IPTA sedangkan mereka juga mengajar subjek kritikal di sekolah (bahasa Inggeris, bahasa Tamil, Sains Sukan dan Pendidikan Khas). Adakah mereka berjaya mendapat pelepasan kerana mengenali orang dalaman KPM?

n Sekiranya kami guru-guru senior yang berpengalaman tidak dibenarkan untuk berkhidmat di Fakulti Pendidikan universiti awam, siapakah yang akan mendidik dan membimbing bakal-bakal guru. Adakah bakal-bakal guru ini akan diberi kuliah oleh tutor-tutor atau pensyarah-pensyarah muda yang tidak pernah menjadi 'cikgu' di sekolah?

Selain itu, pelepasan seorang guru dapat membantu pihak universiti dalam melatih berpuluh-puluh orang guru yang seterusnya akan mengisi jawatan sebagai pendidik di sekolah. Kenyataan ini ibarat 'Seorang guru dilepaskan untuk melahirkan berpuluh-puluh orang guru yang baru'.

n Sekiranya KPM begitu sayang hendak melepaskan guru-guru yang berpengalaman ke tangan orang lain, saya menyeru agar pihak atasan bayar gaji kami setaraf kelulusan yang dimiliki. Ini kerana saya sekalipun telah memiliki ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana, saya menerima gaji setaraf gaji ijazah sarjana muda. Rakan saya di universiti yang memiliki kelulusan yang setaraf memperoleh gaji dan elaun yang lebih lumayan.

n Setiap kali rayuan saya ditolak oleh Bahagian Sumber Manusia dengan alasan perkhidmatan saya diperlukan kerana saya beropsyen Geografi dan merupakan subjek kritikal di sekolah. Saya ingin bertanya subjek apakah yang tidak kritikal di sekolah? Boleh dikatakan semua subjek atau mata pelajaran adalah kritikal. Oleh itu, memang sah guru yang mengajar di sekolah tidak berpeluang untuk menjadi pensyarah di universiti.

n Saya juga telah memohon beberapa jawatan di Pejabat Pelajaran Daerah dan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan KPM. Adakah saya tidak berpeluang untuk menjawat jawatan di jabatan tersebut kerana beropsyen Geografi? Kenapa rakan-rakan saya yang mengajar Geografi di sekolah dibenarkan untuk berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pusat Ko-kurikulum dan KPM? Bukankah khidmat mereka amat diperlukan untuk mengajar subjek tersebut di sekolah.

Saya merayu kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia memberi perhatian yang serius terhadap isu ini. Tindakan Bahagian Sumber Manusia, KPM yang tidak adil dan bertindak double standard akan melahirkan ramai guru cemerlang di sekolah yang burn out.

PENDIDIK KECEWA

Kuala Lumpur

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.