saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 13/10/2009

Philips: Lampu jimat tenaga mampu beri impak

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Philips Malaysia (Philips) hari ini menggesa kerajaan dan ahli perniagaan di negara ini supaya segera bertindak dengan cara menggunakan lampu jimat tenaga sebagai langkah menangani perubahan iklim.

Phillips turut merayu kepada semua pihak supaya meraih manfaat dari tenaga berkesan sebagai langkah asas untuk memperoleh impak daripada agenda perubahan iklim.

Philips dalam kenyataannya di sini percaya bahawa kemajuan besar boleh dimulakan segera dengan pengetahuan dan teknologi yang wujud hari ini.

Jelas kenyataan berkenaan, lampu jimat tenaga menawarkan dunia dengan kejayaan yang segera dalam usaha memerangi perubahan iklim.

''Fakta ini adalah tepat bagi pengguna tetapi lebih mustahak, juga boleh dinikmati oleh perniagaan-perniagaan dan kerajaan sendiri.

''Ia adalah sesuatu yang boleh dilakukan bagi memotong tenaga yang digunakan untuk menerangi jalan raya, kedai-kedai, pejabat, lokasi tarikan umum, sekolah, industri dan rumah serta pada masa yang sama meningkatkan kualiti kehidupan di bandar-bandar dan menjimatkan wang ke atas bil-bil tenaga,'' katanya.

Menurut Pengarah Kanan Tenaga dan Perubahan Iklim, Green Switch Champion, Philips Lighting, Harry Verhaar, teknologi-teknologi berkesan wujud bagi semua segmen pada waktu ini, tetapi satu perkara yang kita tidak mampu lengahkan ialah pelaksanaannya.

Atas sebab itu, jelasnya, Phillips menggesa kerajaan Malaysia untuk mengadakan rangsangan ekonomi dan polisi-polisi serta peraturan untuk memastikan pemulihan hijau.

Katanya, ia juga memberi contoh kepimpinan dengan menjadikan bangunan awam mereka sendiri, sekolah dan jalan raya menggunakan tenaga berkesan sehingga hari ini.

"Ini adalah kemenangan tiga kali ganda di mana ia akan menjimatkan wang, mengurangkan pengeluaran tenaga dan mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baru bagi ekonomi hijau," tambah beliau.

Kajian Philips menunjukkan bahawa jika setiap rumah di Malaysia menggantikan tiga lampu 60 Watt (W) dengan mentol Lampu Fluorescent Kompak 11 W, ia akan membawa kepada penjimatan tenaga hampir kepada 1.5 bilion kW per jam.

Kesan langsung daripada penjimatan seumpamanya juga akan begitu besar kerana pengguna menikmati kos lebih rendah dan pencahayaan yang lebih kualiti, alam sekitar mendapat manfaat daripada penggunaan tenaga lebih rendah dan pengeluaran tenaga lebih rendah, dan ekonomi mendapat manfaat daripada kos operasi lebih rendah, meningkatkan daya saing, dan pengekalan kerja-kerja 'hijau' .

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.