saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 14/10/2009

Ketua PKPM, keluarga didenda RM105,600

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM), Nor Azami Ghazali bersama tiga ahli keluarganya didenda RM105,600 setelah didapati bersalah atas 143 pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965.

Mereka dijatuhi denda tersebut pada hari ini yang genap empat tahun mereka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini.

Turut diperintah membayar denda tersebut ialah 10 buah syarikat yang diterajui oleh Nor Azami, 41, bersama ahli keluarganya itu.

Tiga ahli keluarga Nor Azami terdiri daripada isterinya, Sarina Mansor, 38; ibu, Saliah Ramli, 61; dan abang, Nordin Ahmad Ghazali, 44.

Mengikut pecahan jumlah denda, Nor Azami didenda RM72,100 selepas didapati bersalah atas 55 pertuduhan manakala Sarina RM14,500 atas 35 pertuduhan.

Denda RM2,800 pula dikenakan ke atas Saliah atas lapan pertuduhan dan Nordin RM4,800 atas 12 pertuduhan manakala 10 syarikat terbabit didenda RM11,400 bagi 33 pertuduhan.

Antara syarikat yang Nor Azami dan ketiga-tiga ahli keluarganya itu menjadi pengarah syarikat ialah Nor Azami Nabt Human Resources (M) Sdn. Bhd.; Nor Azami 2002 Network (M) Sdn. Bhd.; Nor Azami Resort (M) Sdn. Bhd.; dan Nor Azami Nabt Holdings (M) Sdn. Bhd.

Hakim Rozana Ali Yusoff membenarkan denda tersebut dibayar secara ansuran mulai November ini setelah beliau menolak permohonan penangguhan pelaksanaan pembayaran sementara menunggu rayuan.

Rozana menjatuhkan hukuman tersebut selepas menerima keterangan setiausaha syarikat yang menyatakan keempat-empat mereka tidak menunjukkan sebarang usaha untuk mematuhi keperluan di bawah akta berkenaan.

''Setiausaha syarikat juga menyatakan bahawa tiada usaha ditunjukkan oleh mana-mana pengarah syarikat untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan antara 2001 hingga 2004,'' kata beliau.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohamad Azies Han Mohd. Fadzil manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Joseph Iruthayam.

Nor Azami, Sarina, Saliah dan Nordin disabitkan kesalahan atas dakwaan gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan antara tahun 2001 hingga 2004 mengikut Seksyen 143(1) Akta Syarikat 1965.

Mereka juga disabitkan atas kesalahan gagal mengadakan penyata tahunan dan gagal membentangkan penyata untung rugi syarikat masing-masing di bawah Seksyen 165(4) dan Seksyen 169(1) akta tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.