saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 14/10/2009

Warisan masyarakat Jambi


Rumah Jambi dibina dengan reka bentuk tradisi binaan Jambi seperti yang terdapat di Kampung Laut, Pasir Gajah, Kemaman. – utusan/Fauzi Baharudin


KEMAMAN 13 Okt. – Pertama kali melihat struktur binaan masjid lama ini, terasa bagaikan berada di bumi Indonesia yang kaya dengan pelbagai keindahan seni bina lama.

Reka bentuknya menggunakan sepenuhnya tradisi binaan Jambi, Sumatera dan berbumbung limas bungkus iaitu bentuk bumbung lama di negara itu.

Atapnya diperbuat daripada genting yang diimport dari Malabar, India dan pada bahagian atas bumbungnya dipasang ukiran yang diperbuat daripada simen berbentuk tanduk kerbau atau sumbu badak selain terdapat ukiran simen berbentuk buah nanas.

Bersebelahan masjid itu terdapat sebuah rumah yang diberi nama Rumah Jambi yang satu ketika dahulu diduduki oleh seorang pelarian yang berasal dari Jambi.

Rumah tersebut merupakan satu-satunya binaan selain masjid yang menggunakan reka bentuk limas bungkus atau perabung lima dan dibina menghadap kiblat.

Melihat rumah dan masjid lama itu membuatkan hati penulis ingin menyelongkar sejarah kedua-dua struktur binaan yang kini menjadi sebahagian lokasi sejarah yang perlu dilawati sekiranya berkunjung ke Kemaman.

Masjid Jambi di Kampung Laut, Pasir Gajah telah dibina pada 1938 oleh sekumpulan orang Jambi, Indonesia yang belayar hingga ke Kemaman untuk mencari tempat perlindungan.

Kisahnya bermula apabila sekumpulan orang Jambi seramai 13 orang termasuk anak raja Jambi melarikan diri ke Tanah Melayu apabila kawasan mereka diserang tentera Belanda ketika Perang Dunia Pertama meletus pada 1914.

Pelayaran mereka yang mengambil masa selama tiga bulan melalui jalan darat dan air itu diketuai oleh Engku Mahmud Tengku Abu Bakar.

Pelbagai rintangan dihadapi oleh mereka sehingga salah seorang anak raja Jambi meninggal dunia di dalam hutan kerana sakit dan terpaksa menghentikan perjalanan seketika bagi menghormati pemergiannya.

Kesukaran perjalanan yang ditanggung berbaloi apabila kedatangan mereka ke Kemaman untuk mencari penempatan disambut baik oleh Pegawai Daerah Kemaman ketika itu iaitu, Haji Abdul Rahman Limbong yang mewakili Sultan Sulaiman memberikan mereka kebenaran mencari penempatan baru.

Bermula dari situ, orang Jambi tersebut mula mencari penempatan dan kawasan mula-mula dituju adalah Dungun sehingga sampai ke Kuala Jengai dan Kuala Berang, namun masih tidak menemui kawasan sesuai sehinggalah kembali semula ke Kemaman.

Setelah puas mencari, akhirnya Engku Mahmud berjaya membuka sebuah perkampungan yang dinamakan Pasir Gajah kerana terlalu banyak gajah yang berendam di sungai berhampiran kampung tersebut ketika itu.

Selepas membina masjid, Tengku Mahmud membina pula Rumah Jambi berhampiran masjid tersebut.

Begitulah kisah yang diceritakan oleh cucu saudara kepada Engku Mahmud, Che Wan Muda Che Wan Su, 73, yang diamanahkan untuk menjaga kedua-dua binaan sejarah itu sejak dulu lagi.

Menurutnya, rumah tersebut dibina pada 1937 dan ia dibina lebih tinggi daripada masjid berkenaan berikutan kejadian banjir merah pada 1926.

“Jika kita lihat rumah ini dibina agak tinggi kerana Engku Mahmud bimbang banjir merah akan berulang, jadi dia mengukur bakat air yang tinggal di kawasan tersebut lalu membina rumah yang tingginya diyakini tidak dapat dinaiki air.

“Bumbung pula diperbuat daripada genting dari Malabar, India yang dibawa menaiki tongkang mengambil masa selama dua tahun untuk sampai ke sini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Laut, Kemaman baru-baru ini.

Tambahnya, kos untuk menyiapkan rumah tersebut lebih kurang RM30,000 pada masa itu dan dibuat secara tradisional serta bergotong-royong bagi mengangkat pasak-pasak tiang yang sangat besar dan tinggi.

Menurut cicitnya pula, Mohd. Ibrahim, 56, dia pernah mengalami kejadian misteri beberapa kali.

Katanya, memandangkan rumahnya hanya beberapa meter daripada masjid dan rumah Jambi itu, dia sering melihat kelibat Engku Mahmud di sekitar kawasan tersebut.

“Saya pernah melihat kelibatnya beberapa kali di tangga rumah dengan berpakaian jubah putih dan serban,” jelasnya.

Katanya, rumah berkenaan telah lama ditinggalkan oleh warisnya iaitu salah seorang cucu Engku Mahmud yang telah berhijrah ke Selangor.

“Selepas ia ditinggalkan, lima tahun lalu pihak muzium mengambil alih rumah tersebut dengan membaik pulih struktur rumah berkenaan bagi mengelakkan ia musnah, "jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.