saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/10/2009

Sempat mohon maaf sebelum mati

KUALA TERENGGANU 14 Okt. - Fatimatussolihah Aziz, pelajar perubatan yang terbunuh dalam nahas jalan raya di Chennai, India, kelmarin, sempat memohon maaf daripada neneknya, Hindon Yusof, 71, di Kampung Binjai, Chabang Tiga di sini sebelum mangsa berlepas menyambung pengajiannya ke negara itu, 13 September lalu.

Menurut Hindon, selain saling bermaafan, dia juga sempat berpesan kepada cucunya itu melalui telefon supaya selalu menjaga diri sepanjang menuntut di luar negara.

"Ketika itu, Solihah berada di Mergong, Kedah dan menelefon saya di sini untuk bertanya khabar, dia sempat memohon maaf dan itulah kali terakhir saya berbual dengan dia.

"Hari itu juga, dia berlepas ke India untuk meneruskan pengajiannya bersama-sama seorang lagi adik perempuannya yang berlepas ke United Kingdom untuk menuntut di sana.

"Solihah, seorang anak yang baik, tak pernah tinggal sembahyang dan sentiasa menghormati orang. Dia pergi jua, semua ini sudah takdir," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai, Chabang Tiga di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang kelmarin, Fatimatussolihah bersama dua rakannya yang merupakan rakyat India terbunuh setelah kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di Seeragapadi, Chennai.

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Selain Fatimatussolihah yang merupakan penuntut tahun tiga di Vinyaka Mission Dental College di Salem, dua lagi mangsa dikenali sebagai Dr. Sabree, 25, dan Arathi Srikumar, 21.

Jenazah Allahyarham Fatimatussolihah, anak sulung daripada empat beradik itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini sebelum diterbangkan ke Kuala Terengganu pagi esok untuk dikebumikan di kampung asalnya di Chabang Tiga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.