saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 15/10/2009

Perak beri 800 hektar tanah bantu pelajar miskin India

15/10/2009 7:00pm

KUALA LUMPUR 15 Okt Kerajaan negeri Perak mengumumkan peruntukan tanah seluas 800 hektar untuk manfaat Tabung Pendidikan dan Pengupayaan Pendidikan Kaum India di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tanah itu akan diusahakan oleh Yayasan Perak dengan tanaman kelapa sawit dan hasilnya akan disalurkan kepada tabung itu untuk diagihkan kepada pelajar miskin.

"Saya berharap ini merupakan berita gembira kepada kaum India sempena sambutan Deepavali Sabtu ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya usaha itu merupakan komitmen kerajaan negeri membantu meringankan beban kewangan semua kaum yang menghadapi masalah melanjutkan pelajaran di negeri itu.

Sebelum ini, menurutnya, sejumlah 2,000 hektar tanah juga dikenalpasti untuk memberi faedah kepada lebih 700 Sekolah Agama Rakyat (SAR) manakala 1,000 hektar lagi untuk faedah sekolah persendirian Cina.

Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri merancang untuk melantik ketua kampung di kalangan penduduk India di kawasan majoriti kaum itu di enam buah kampung.

Katanya kerajaan negeri juga akan memberi penekanan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat dalam pembentangan Bajet Negeri 2010 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 28 Okt ini.

Katanya walaupun ada ura-ura pakatan pembangkang mahu berbuat perkara yang sama pada hari tersebut, beliau berpendapat hasrat mereka mustahil untuk dilaksanakan.

"Pembangkang tahu bajet mereka itu tidak boleh dilaksanakan dan mereka cuba bercerita kepada rakyat sambil membandingkan bajet mereka dengan bajet Barisan Nasional (BN), katanya.

BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.