saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/10/2009

Arwah Fatimatussolihah sempat nikmati masakan ibu


DARI kiri, Fatima Narabila, Fatima Fadilafatin, Mariani Rahim dan Mohd. Shukri ketika pengebumian jenazah kakak sulung mereka, Fatimatussolihah Aziz di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Hiliran, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 15 Okt. - Ibu Fatimatussolihah Aziz, 22, pelajar perubatan yang terbunuh dalam nahas di Chennai, India, kelmarin, tidak menyangka permintaan supaya dia memasak pelbagai juadah pada Ramadan lalu, petanda anaknya itu akan pergi selama-lamanya.

Mariani Rahim, 45, seorang guru di Mergong, Kedah, berkata, kelakuan pelik itu berlaku semasa anaknya pulang bercuti selama dua minggu sebelum menyambung kembali pengajiannya pada 13 September lalu.

"Saya cuba penuhi kehendak dia (Fatimatussolihah), saya masak makanan yang dia nak, semasa dia pulang bercuti pada bulan puasa lalu.

"Ini berbeza kerana arwah sebelum ini lebih menggemari makanan dibeli di bazar Ramadan. Namun kali ini dia kata makanan dibeli tidak sedap," katanya ketika ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Binjai, Chabang Tiga di sini hari ini.

Beliau yang sebak mengingati saat itu berkata, setiap hari dia memenuhi kehendak Fatimatussolihah dan makanan terakhir dimasak adalah nasi lemak.

"Walaupun sedih dengan takdir ini, saya tetap reda dan berasa lega juga kerana dapat penuhi semua permintaannya," katanya.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang kelmarin, Fatimatussolihah bersama dua rakannya terbunuh setelah kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas di Seeragapadi, Chenna.

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Selain Fatimatussolihah yang merupakan penuntut tahun tiga di Vinyaka Mission Dental College di Salem, dua lagi mangsa dikenali sebagai Dr. Sabree, 25, dan Atathi Srikumar, 21.

Fatimatussolihah adalah anak sulung daripada empat beradik. Tiga adiknya itu ialah Fatima Fadilafatin, 20, (pelajar TESL di United Kingdom), Mohd. Shukri, 18, (penuntut A Level sebagai persiapan ke luar negara) dan Fatima Narabila, 14.

Bapa mereka, Aziz Kassim, 46, adalah seorang jurutera kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Mergong, Kedah.

Dalam pada itu, Mariani berkata, beliau mengetahui kejadian menimpa Fatimatussolihah petang kelmarin menerusi panggilan telefon daripada rakan mangsa di India.

Beliau mengakui agak terkilan kerana anaknya itu tidak sempat menamatkan pengajiannya mengikut jadual pada Ogos tahun depan.

Jenazah Fatimatussolihah tiba di rumah keluarganya di Kampung Binjai, Chabang Tiga di sini pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Hiliran di sini lewat petang ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.