saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/10/2009

Jepun perlu contohi Malaysia


MARZUKI Khalid menyampaikan cenderamata kepada Masahiko Horie ketika melawat UTM Skudai, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 15 Okt. – Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie menyarankan agar negara matahari terbit itu mengamalkan dasar pandang ke barat yang merujuk kepada negara ini.

Horie berkata, negaranya wajar belajar daripada Malaysia terutamanya mengenai kemampuan rakyat majmuk negara ini hidup bersatu padu dan ciri-ciri universiti tempatan yang lebih bersifat antarabangsa.

“Jika sebelum ini, Malaysia mengamalkan dasar pandang ke timur, saya berpendapat sudah tiba masanya Jepun pula mengamalkan dasar pandang ke barat.

“Pandang ke barat bukan merujuk kepada negara-negara Eropah sebaliknya dari segi geografi, Malaysia berada di barat dari Jepun,” katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini hari ini.

Horie berkata, di Jepun tidak ada kepelbagaian bangsa dan budaya seperti di Malaysia malah beliau kagum dengan konsep 1Malaysia yang dapat memantapkan lagi perpaduan di negara ini.

“Di Jepun, bahasanya sama, budayanya sama, berbanding kepelbagaian di Malaysia.

“Di Malaysia kaum lain turut meraikan sambutan perayaan kaum yang lain,” katanya.

Menurut Horie, universiti di Jepun juga tidak banyak mengambil pelajar luar negara berbanding universiti tempatan yang lebih berwajah antarabangsa.

Katanya, pihak akademik di Jepun sewajarnya belajar daripada Malaysia untuk membuka pintu dan menarik lebih banyak pelajar luar negara belajar di universiti di negara matahari terbit itu.

“Memang universiti di Jepun menduduki ranking yang lebih tinggi namun bilangan pelajar luar negara di sana lebih rendah berbanding universiti di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Marzuki Khalid berkata, universiti itu kini mempunyai kira-kira 2,000 pelajar luar negara.

“Usaha juga giat dijalankan untuk menjadikan UTM lebih terkenal di peringkat antarabangsa menerusi program penghantaran kira-kira 5,000 pelajar UTM untuk menjalani kursus selama dua minggu di universiti luar negara,” katanya.

Marzuki berkata, UTM adalah antara universiti tempatan yang banyak menjalankan lawatan kerjasama dan perjanjian persefahaman (MoU) dengan universiti di Jepun.

Beliau berharap kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan pula antara UTM dengan pihak industri di Jepun bagi memanfaatkan teknologi tinggi yang lebih mesra alam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.