saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 17/10/2009

Pengasih bantu bekas penagih cari kerja

17/10/2009 3:45pm

KUALA LUMPUR 17 Okt — Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) akan berusaha membantu bekas-bekas penagih mendapatkan pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta untuk mengelak mereka kembali terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Presiden Pengasih Mohd Yunus Pathi berkata bekas penagih perlu diberi peluang dan kepercayaan untuk bekerja dan mencari rezeki. "Bekas penagih biasanya susah mendapat kerja kerana masyarakat agak sukar mempercayai mereka. Sekurang-kurangnya apabila golongan ini mempunyai pekerjaan sendiri, sekaligus ia tidak lagi mendorong mereka untuk berbalik kepada kegiatan lama (penagihan),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pengasih di sini, hari ini.

Katanya Pengasih telah mendapat kontrak bernilai RM15,000 setahun daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk melakukan kerja-kerja pembersihan iklan haram yang dilakukan oleh bekas-bekas penagih sejak bulan lalu.

Sementara itu, kira-kira 1,000 tetamu menghadiri rumah terbuka Pengasih termasuklah Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali AlHabshee dan Raja Pop Jamal Abdillah.

—BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.