saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/10/2009

Masisna boleh bantu kerajaan tangani isu masyarakat


Shahrizat Abdul Jalil menurunkan tandatangan sebagai menerima resolusi yang disampaikan oleh Pengarah Femina 09, Shah Rizul Ayuni Zulkiply (dua dari kiri) pada majlis penutup Festival Mahasiswa Universiti Malaya di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Okt. – Majlis Mahasiswi Nasional (Masisna) boleh membantu kerajaan menangani isu masyarakat dan pembangunan negara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, penglibatan Mahasisna yang dianggotai oleh generasi muda berpendidikan itu bukan hanya menyokong usaha kerajaan, tetapi membawa mereka bersama-sama merancang pembangunan negara.

Justeru, katanya, kementerian akan mengadakan program kemasyarakatan bersama-sama dengan Masisna sebaik sahaja kewujudan dan fungsi majlis itu dimaklumkan kepada Kabinet.

‘‘Bahkan, kita berasa bertuah menerima resolusi daripada Masisna yang mahukan majlis itu dibawa masuk di bawah naungan kementerian.

‘‘Jika wujud komunikasi dua hala yang baik dengan mereka (generasi muda), kita sebagai generasi terdahulu boleh membawa mereka berada di bawah naungan kepakaran dan keibuan,’’ katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penutup Festival Mahasiswa Universiti Malaya (Femina ‘09) di Balai Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Femina ‘09 julung-julung kali diadakan di UM dan di peringkat nasional dari 12 hingga 17 Oktober merangkumi demonstrasi sebat sivil dan sebat syariah, lawatan ke beberapa rumah anak yatim dan sesi forum, bicara terbuka dan perbincangan resolusi bersama pimpinan mahasiswa.

Mengenai Femina pula, katanya lagi, festival itu adalah yang terbaik antaranya bukan sekadar persediaan menjadi pemimpin pelapis wanita, malahan turut menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Shahrizat menambah, festival tersebut bukan sahaja khusus untuk kepimpinan wanita pada masa hadapan, malah ia juga relevan untuk masyarakat.

Sebagai penghargaan kepada usaha mahasiswi UM itu, Shahrizat menerusi kementeriannya menyumbang RM10,000 untuk projek Femina dan RM10,000 lagi kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa UM yang diketuai oleh Mohd. Ridzuan Mohammad.

“Anak-anak muda ada kepakaran dan kita boleh bersama mereka merancang sesuatu di samping mengetahui cita rasa mereka dan sebagai orang yang berpengalaman (dewasa), kita mesti membimbing mereka,” ujar Shahrizat.

Sementara itu, beliau menyeru kaum wanita agar tidak takut dan malu untuk membawa isu berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat ke meja rundingan di peringkat UMNO cawangan, bahagian, negeri dan nasional.

Dengan kelulusan pindaan Perlembagaan UMNO baru-baru ini, kata Shahrizat, ia mempunyai kesan positif apabila wanita diberi amanah dan tanggungjawab.

Menurutnya, jika isu berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat dibawa ke peringkat tertinggi dan dapat diselesaikan, maka ia boleh menambat hati rakyat dan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sementara itu, Pengarah Projek Femina ‘09, Shah Rizul Ayuni Zulkiply merangkap Setiausaha Majlis Perwakilan Mahasiswa UM berkata, projek itu membuktikan terdapat transformasi generasi muda yang hendak berubah ke arah lebih baik.

“Penubuhan Mahasisna akan menjadi satu platform di peringkat Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) seluruh universiti untuk berhubung terus dan akrab dengan kementerian menyelesaikan isu-isu rakyat.

“Jika wanita dan mahasiswa yang bakal memegang jawatan penting dalam kerajaan dan masyarakat diberi peluang untuk menyumbang, saya yakin satu perubahan akan dapat dilakukan,” ujarnya.

Menurutnya, sumbangan RM10,000 daripada kementerian itu akan dibelanjakan untuk program masyarakat di samping membantu kerajaan mencapai agenda dan misi nasional.

Menurutnya, resolusi Masisna telah dibawa oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan diluluskan pada 9 Jun lalu oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.