saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 19/10/2009

Surat Tan Seng Giaw tentang kikis unsur perkauman

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan mengenai rancangan jangka panjangnya untuk merubah iklim politik negara termasuk UMNO daripada konsep kepartian berasaskan kaum kepada parti pelbagai kaum.

Najib telah memberi peringatan kepada pihak yang semberono menuduh UMNO sebagai parti perkauman supaya terlebih dulu mencermin diri secara ikhlas.

Kita mengambil perhatian apa yang terkandung di dalam ucapan sulung Najib sebagai Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO ke-60 di Kuala Lumpur itu.

Tegas Perdana Menteri, pihak terbabit harus sedar akan realiti komposisi kaum dalam parti mereka sendiri dan jangan terlalu angkuh mengaku merekalah parti pelbagai kaum yang paling bermoral dan intelektual untuk memimpin rakyat di negara ini.

Semua parti termasuk DAP perlu mengkaji bagaimana ia dapat mengamalkan parti politik pelbagai kaum secocok dengan kehendak semasa.

Pemimpin-pemimpin UMNO seperti Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tun Dr. Ismail semasa hidup mereka, amat cenderung kepada politik pelbagai kaum.

Tetapi dalam 63 tahun ini, ada pemimpin UMNO yang membangkitkan isu-isu kaum. Parti-parti yang lain juga kadangkala mengikut jejak ini. Perlu diingat bahawa isu-isu pelampau termasuk agama dan perkauman akan merosakkan masyarakat majmuk.

Apabila seorang pemimpin berucap di depan perhimpunan yang terdiri daripada satu kaum, beliau mungkin membangkitkan perkara-perkara yang disahut baik oleh kaum itu. Sama ada beliau memegang kepada prinsip pelbagai kaum, terserah kepada amalan dan idealisme beliau.

Kesultanan Melaka mempunyai konsep pelbagai kaum; ia juga memperoleh unsur-unsur yang buruk seperti rasuah dan kebendaan yang akhirnya memusnahkan pemerintahan itu.

Yang hendak kita saksikan ialah Najib menggubalkan rancangan jangka panjang untuk mengikiskan unsur-unsur perkauman ini termasuk dalam UMNO. Semoga janji beliau dikotakan.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong">

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.