saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 21/10/2009

Peluang belajar vokal, drum, gitar

BUTTERWORTH 20 Okt. - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP) akan menganjurkan kursus vokal, drum dan gitar kepada golongan belia yang berminat selama dua bulan bermula November ini.

Program Rakan Muda Seni Budaya itu bakal berlangsung setiap hujung minggu di Kompleks Belia dan Sukan Negeri di Batu Uban.

Ketua Unit Rakan Muda Pulau Pinang, Aslaman Hamzah berkata, terpulang kepada setiap peserta sama ada ingin mengikuti kursus vokal, drum ataupun gitar.

"Setiap kursus membabitkan 30 orang peserta dan mereka mesti berumur 16 hingga 25 tahun," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya, peserta mestilah penduduk negeri Pulau Pinang dan mempunyai bakat dan minat dalam bidang berkaitan.

Tujuan kursus tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada remaja berminat mempelajari dan meningkatkan kemahiran dalam bidang muzik.

"Ia juga boleh mengisi masa lapang remaja dengan melakukan aktiviti berfaedah ke arah melahirkan bakat belia dalam bidang seni dan budaya," katanya.

Menurut Aslaman, peralatan muzik, tenaga pengajar berkemahiran disedia oleh penganjur di Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNPP dan Majlis Muzik Malaysia.

Katanya, untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 04-2616118 atau 04-2615921 atau dapatkan terus borang penyertaan di Pejabat Belia dan Sukan daerah masing-masing sebelum tarikh tutup 23 Oktober ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.