saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/10/2009

Pewaris Pagaruyung cari keturunan Sultan Jamin


Muchdan Bakri menunjukkan salasilah pemerintahan kerajaan Pagaruyung kepada pemberita di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.


SEREMBAN 21 Okt. – Pewaris sah terakhir kerajaan Pagaruyung Minangkabau, Muchdan Bakri, 65, menjunjung kasih dengan pertabalan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Beliau yang datang ke negeri ini untuk mengesan waris Sultan Alam Bagagarsyah yang merupakan Raja Alam Minangkabau terakhir di Indonesia, gembira dengan pertabalan yang akan dilangsungkan pada 26 Oktober ini di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

‘‘Pertama sekali, ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di atas pertabalan sebagai Yang Dipertuan Besar, pemerintah bagi kerajaan Negeri Sembilan.

‘‘Keduanya, ketibaan saya ke sini hanyalah secara kebetulan, namun saya yang merupakan generasi kelima keturunan Sultan Alam Bagagarsyah amat berasa bangga di atas pertabalan Tuanku Muhriz,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Royale Bintang di sini hari ini.

Muchdan yang menetap di Jakarta ketika ini berkata, tujuan beliau mengesan waris sah Sultan Alam Bagagarsyah, bukan bertujuan mengganggu proses pertabalan Tuanku Muhriz, yang sememangnya wajar ditabalkan itu.

‘‘Saya hanya mahu rakyat di Negeri Sembilan tahu bahawa masih ada keturunan mereka di Indonesia. Saya dimaklumkan masih ada waris Sultan Alam Bagagarsyah di negeri ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai hubungan dan salasilah itu, Muchdan berkata, Sultan Alam Bagagarsyah merupakan Raja Alam Minangkabau yang memerintah di Indonesia, bagaimanapun era pemerintahannya telah dihalang oleh kedatangan Belanda ke negeri itu pada tahun 1833.

‘‘Pada ketika itu, Sultan Alam Bagagarsyah telah ditangkap oleh pihak Belanda sebelum dibuang daerah ke Batavia yang sekarang dikenali dengan nama Jakarta termasuk anak pertamanya Sultan Mangun Tuah.

‘‘Berdasarkan salasilah ini, Sultan Mangun Tuah mempunyai enam orang anak dan saya merupakan cucu kepada anak pertama Sultan Mangun Tuah yang bernama Raja Sabaruddin,” jelas Muchdan.

Katanya, secara tidak langsung ia menunjukkan beliau merupakan pewaris yang sah terhadap pemerintahan Raja Alam Minangkabau terakhir dan kini sedang menjejaki cucu Sultan Jamin (anak Sultan Mangun Tuah) yang dipercayai masih berada di Batu Kikir, Kuala Pilah.

‘‘Saya gembira dengan pertabalan Tuanku Muhriz dan amat berharap untuk bertemu dengan cucu Sultan Jamin yang masih tinggal di negeri Adat Perpatih ini,” ujarnya.

Ditanya jika ada pihak yang mempertikaikan pengumumannya itu, Muchdan berkata, dia sedia menunjukkan salasilah pemerintahan kerajaan Pagaruyung termasuk barang peninggalan yang ada hubungkait dengan Raja Alam Minangkabau.

‘‘Salasilah asli yang tertera cop mohor kerajaan Pagaruyung ada dalam simpanan saya untuk diteliti dan dikaji oleh sesiapa pun yang berhajat,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.