saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/10/2009

Eyo Eyo popularkan Prema di Jerman


MESKIpun masih baru, Prema mampu berbangga kerana lagu berbahasa Melayu nyanyiannya iaitu Eyo Eyo telah diputarkan di stesen radio N-Joy Radio di Jerman.


MENJUARAI Who Will Win The Malaysian Topstar pada 2004, laluan seni Prema Yin atau nama sebenarnya Prema Yin Ranee bagaikan tidak disedari oleh sesiapa.

Tenggelam dan terus tenggelam di sebalik kemunculan artis-artis baru, namun anak kelahiran Kuala Lumpur ini tidak patah semangat untuk terus mengejar cita-cita.

Namun, meski dikata orang bak 'tenggelam di lautan sepi', Prema sebenarnya aktif menyanyi di kelab-kelab malam, majlis-majlis keraian, persembahan korporat serta beberapa festival muzik.

Kini, apa yang dinantikan sudah menjelma di depan mata apabila album mini sulungnya yang memuatkan lima buah lagu telah berada di pasaran.

Berperanan sebagai 'pasport' untuknya terus mengembangkan karier, album berjudul Eyo Eyo ini cukup istimewa buat Prema apabila kesemua lagu berkenaan adalah ciptaannya sendiri.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan ialah Eyo Eyo, sebuah lagu berbahasa Melayu dan empat lagi lagu berbahasa Inggeris iaitu Ain't Got Tears (bergandingan dengan Moots), These Are The Days, Bleed dan Higher Love.

Mengakui minat terhadap bidang nyanyian sejak di bangku sekolah, membanggakan, lagu berjudul Eyo Eyo telah diputarkan di sebuah stesen radio di Hamburg, Jerman iaitu N-Joy Radio.

Bukan cakap kosong atau mereka-reka cerita, tetapi ia adalah hakikat sebenar bahawa lagu yang menggunakan lirik dalam bahasa Melayu itu sudah didengari oleh masyarakat di negara Eropah itu.

Menurut Prema, dia 'terbang' ke negara tersebut pada bulan lalu bersama pembantu peribadinya, Sabine Oezmen, seorang rakyat Turki yang bermastautin di Jerman.

Prema berada di Jerman selama dua minggu dan berkesempatan menemui beberapa orang penting di stesen-stesen radio.

"Di N-Joy Radio, saya dan Sabine telah mempromosikan lagu-lagu yang dimuatkan dalam Eyo Eyo.

"Tanpa disangka, mereka memilih lagu Melayu dan bukannya Inggeris untuk diputarkan di radio tersebut.

"Eyo Eyo bagi mereka cukup unik. Mereka mengatakan tidak pernah mendengar lagu berbahasa Melayu,'' katanya pada sesi fotografi bersama Hits di studio Utusan, baru-baru ini.

Eyo Eyo merupakan sebuah lagu berentak Latin yang digabungkan dengan irama rock manakala liriknya dicipta oleh Tinta.

Ujar Prema, N-Joy Radio merupakan stesen radio khusus untuk remaja dan respons yang diterima terhadap lagu Eyo Eyo cukup membanggakan.

Jelasnya, kejayaan Eyo Eyo menarik perhatian warga Jerman dan ia menjadi semangat untuknya mengembangkan sayap ke luar negara.

Impian tersebut, katanya, memang ada pada setiap artis dan dia pasti berusaha untuk ke arah itu.

"Saya masih baru dan banyak lagi yang perlu dipelajari. Buat masa ini, saya amat meminati genre muzik rock.

"Irama rock membuatkan saya lebih puas ketika beraksi di pentas. Ia amat sebati dalam jiwa saya.

"Namun, satu hari nanti saya akan berubah kepada jazz dan sebagainya,'' katanya yang juga merupakan adik kepada bintang hoki terkenal tanah air iaitu Keevan dan Logan Raj.

Cerita tentang album

Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, Eyo Eyo mengikut perancangan awalnya hanya memuatkan lagu-lagu berbahasa Inggeris sahaja.

"Selepas itu saya berfikir, apa salahnya saya rakamkan lagu berbahasa Melayu. Saya rakyat Malaysia dan patut berbangga dengan lagu tersebut.

"Eyo Eyo baru sahaja dilancarkan September lalu dan respons pendengar sangat baik. Ia mengambil masa setahun untuk disiapkan.

"Sebuah lagu berjudul Ain't Got Tears saya cipta sejak berusia 17 tahun lagi,'' ujarnya.

Kata Prema yang juga seorang akauntan di Mist Club, walaupun terpaksa memikirkan antara jadual kerja dan persembahan, dia rasa bertuah kerana majikannya di Mist Club amat memahami situasinya sebagai artis.

"Saya tidak ada masalah tentang jadual. Majikan pun bagi sokongan.

"Syukur juga kerana keluarga saya banyak menyokong dan membantu apa yang saya lakukan sekarang ini,'' jelas puteri kesayangan kepada pasangan suami isteri, Kali Kavandan dan Alicia Chiw ini.

Mengagumi Jaclyn Victor

Sementara itu, Prema ketika ditanya mengenai artis tempatan yang cukup dikagumi berkata, dia amat meminati Jaclyn Victor.

Katanya, Jaclyn yang dianggap seperti kakak mempunyai vokal yang cukup baik dan mantap.

"Saya pernah menyanyi bersamanya di atas pentas, beberapa tahun lalu.

"Vokalnya amat mengujakan. Dia adalah artis yang sangat saya kagumi dan hormati. Lagipun, Jaclyn seorang yang baik dan peramah,'' tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.