saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 22/10/2009

Elaun Pingat Gagah Perkasa naik kepada RM2,000 dilulus

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) 2009 bagi menaikkan elaun penerima pingat tersebut daripada RM400 kepada RM2,000.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K Liew ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan memaklumkan, bayaran elaun kepada penerima darjah Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) tersebut adalah berkuat kuasa mulai 1 Julai lalu.

Kata beliau, ia akan mula dibayar kepada penerima sebaik pindaan kepada undang-undang tersebut diwartakan kelak dengan pembayarannya dibuat secara tunggakan mulai tarikh kuat kuasa tersebut.

"Kenaikan kadar elaun ini adalah berdasarkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap pengorbanan dan komitmen jitu penerima S.P yang luar biasa tanpa mengira keselamatan diri dalam memelihara keamanan dan mempertahankan kedaulatan negara.

"Walaupun kajian terakhir dilakukan tahun 1990 namun pindaan ini adalah lima kali ganda dari tahun 1990. Seperti yang dikatakan ahli-ahli Dewan, sememangnya pengorbanan pahlawan kita tidak terbanding dengan nilai wang ringgit," katanya.

Mengenai jumlah penerima darjah S.P yang masih hidup, Liew berkata, keseluruhannya terdapat 11 orang dan kesemua mereka adalah penerima lelaki.

"Asas kriteria yang diguna pakai untuk calon penerima S.P ialah menunjukkan keberanian luar biasa dan telah melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan.

"Calon boleh terdiri daripada lelaki atau wanita sama ada daripada anggota tentera, polis atau orang awam. Untuk menerimanya, pihak polis, tentera atau yang berkenaan akan melakukan penilaian dan disahkan," jelasnya.

Berhubung gesaan beberapa anggota Dewan yang mahu bayaran elaun diberikan kepada ahli keluarga sekiranya penerima meninggal dunia, Liew berkata, pihaknya bersedia menimbangkannya.

Katanya, berdasarkan amalan sekarang, elaun itu dibayar ketika penerima masih hidup sahaja dan apabila meninggal dunia, pembayaran akan dihentikan dan tiada bayaran akan diberikan kepada waris.

"Pada asasnya pemberian elaun ini untuk mengiktiraf dan mengenang jasa penerima. Hanya bagi kes darjah S.P diberi selepas penerima meninggal dunia, baru elaun secara sekali gus berjumlah RM20,000 dibayar kepada waris," ujarnya.

Keseluruhannya 19 wakil kerajaan dan pembangkang terlibat dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan yang kesemua mereka sebulat suara menyokong kenaikan elaun seperti yang dicadangkan.

Bagaimanapun beberapa daripada mereka termasuk Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) menyarankan supaya kenaikan daripada RM400 kepada RM2,000 dapat ditambah lagi berikutan kos hidup yang semakin tinggi di samping menggambarkan nilai sepatutnya diterima oleh mereka yang banyak berkorban untuk negara.

Sementara itu, beberapa wakil pembangkang yang berpeluang berucap pula antara lain secara sinis menggesa kerajaan tidak menjadikan kenaikan ini sebagai satu propaganda politik untuk BN.

Kenaikan kadar elaun kenangan termasuk S.P dan Panglima Gagah Berani diumumkan Perdana Menteri 31 pada Julai lalu sempena Hari Pahlawan.

Bagi elaun kenangan penerima Pingat Gagah Berani (PGB) pula dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,500 sebulan.

Perbahasan Rang Undang-Undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 yang berlangsung petang ini ditangguhkan esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.