saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 22/10/2009

Program khas bantu 300 ibu tunggal

BUKIT MERTAJAM 21 Okt. - Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (Mayang) Parlimen Bukit Mertajam akan mewujudkan program khas bagi membela dan meningkatkan kualiti hidup golongan ibu tunggal di kawasan tersebut.

Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi terbabit untuk mengenal pasti golongan ibu tunggal di kawasan tersebut yang dianggarkan mencecah 300 orang.

Menurutnya, program itu yang akan dimulakan hujung bulan depan akan menumpukan usaha meningkatkan kemahiran ibu tunggal supaya mereka tidak lagi bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semata-mata.

''Berdasarkan penelitian yang dibuat, golongan ibu tunggal mempunyai banyak potensi dan kemahiran yang mampu memberi pendapatan jika dimanfaatkan sepenuhnya.

''Program ini akan kita rangka sebaik mungkin bagi memberi bimbingan kepada mereka termasuk menyediakan peluang perniagaan," katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada 100 penerima bantuan JKM di sini hari ini.

Musa berkata, program yang bakal diwujudkan itu adalah sejajar dengan gagasan 1Malaysia dengan memberi fokus kepada usaha membela nasib rakyat yang memerlukan perhatian sewajarnya.

Selain menerokai potensi ibu tunggal, program itu katanya, turut menggariskan strategi khusus bagi membolehkan golongan itu memperolehi pendapatan berterusan.

''Dengan cara ini, mereka tidak akan bergantung terus kepada bantuan JKM dan bantuan yang sepatutnya mereka peroleh boleh diberi kepada pihak lain yang turut memerlukan perhatian.

''Kita akan berusaha untuk mengumpul dana bagi menjayakan program ini dan kita akan bantu golongan ini tanpa mengira kaum," tambahnya.

Musa berkata, satu perjumpaan dengan golongan ibu tunggal akan diatur dalam masa terdekat bagi mengumpul maklumat dan cadangan yang lebih khusus bagi menjayakan program tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.