saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/10/2009

Shafee Abdullah wakil Malaysia bagi AICHR

HUA HIN, Thailand 22 Okt. - Peguam terkemuka, Datuk Shafee Abdullah (gambar) dilantik wakil Malaysia bagi Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) - badan yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik.

Suruhanjaya itu akan dilancarkan oleh barisan pemimpin negara-negara ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 di sini esok.

Pelantikan Shafee yang juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) itu diumumkan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Beliau tiba di sini hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir Ahad ini.

Anifah memberitahu, nama Shafee dicadangkan oleh Wisma Putra dan diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bercakap kepada pemberita, katanya, individu dilantik adalah berdasarkan integriti, ilmu serta keupayaan seseorang itu menjiwai isu-isu hak asasi manusia.

"Beliau juga mesti mampu mewakili Malaysia sebaiknya dan mempertahankan negara daripada tuduhan-tuduhan yang tidak adil dilemparkan kepada kita," katanya.

Menurut Anifah, pelantikan Shafee - seorang peguam terkemuka - sebagai wakil Malaysia menunjukkan negara serius mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. Pelantikan Shafee juga bukan atas kepentingan politik.

Ditanya kriteria pemilihan wakil negara ke AICHR, katanya, individu berkenaan juga mesti dikenali di kalangan anggota Suhakam, mampu mempertahankan Malaysia daripada sebarang tuduhan serta melaksanakan tugas dengan berkesan.

AICHR merupakan sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Piagam ASEAN bagi mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. Terma-terma rujukan badan tersebut telah diluluskan oleh pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-42 di Phuket Julai lalu.

Ditanya mengenai skop AICHR, Anifah berkata, terma rujukan mengenainya telah disediakan, bagaimana setiap negara mempunyai keutamaan masing-masing dalam menangani isu-isu hak asasi manusia.

Katanya, Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain akan memfokuskan kepada isu-isu tertentu dan tidak semestinya merujuk kepada isu yang sama.

''Negara seperti Malaysia misalnya tidak mempunyai masalah berkaitan buruh kanak-kanak tetapi ada negara yang mempunyai masalah seperti itu," katanya.

Anifah turut ditanya mengenai tuduhan AICHR akan menjadi satu lagi badan yang tidak bertaring dan tidak mempunyai kuasa terhadap negara anggota yang melanggar hak asasi manusia seperti Myanmar.

Beliau berkata, penubuhan AICHR tidak boleh menjadi seratus peratus seperti yang diharapkan, bagaimanapun semua pihak yang terlibat bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat serta objektifnya.

''Setiap negara mesti mematuhi standard tertentu dan mesti ada garis pemula," katanya.

Pelancaran AICHR dijangka berlangsung tengah hari esok selepas penerimaan Deklarasi Cha-am Hua Hin. Anifah akan mewakili Perdana Menteri bagi majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva.

Sidang kemuncak kali ini adalah ketiga yang dirancang selepas yang pertama Disember tahun lalu di Bangkok gagal. Persidangan yang sepatutnya berlangsung di Pattaya April lalu juga terpaksa ditunda apabila lokasi mesyuarat diserbu kumpulan baju merah menyebabkan para pemimpin ASEAN terpaksa diselamatkan menggunakan helikopter. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.