saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 23/10/2009

Bakti sumbang RM40,000 kepada 8 rumah kebajikan


Rosmah Mansor dan Norainee Abdul Rahman (dua dari kanan) beramah mesra dengan seorang kanak-kanak cacat semasa majlis Aidilfitri dan Deepavali anjuran Bakti dan Hotel Holiday Villa di Subang Jaya, semalam.


PETALING JAYA 22 Okt. - Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) menyumbang RM40,000 kepada lapan rumah kebajikan sempena perayaan Deepavali - Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

Isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, setiap rumah menerima RM5,000 manakala seramai 190 kanak-kanak kurang upaya yang hadir di majlis itu menerima hamper bernilai RM50 setiap seorang.

Menurutnya, majlis anjuran Bakti dengan kerjasama Hotel Holiday Villa yang menaja makanan dan minuman petang itu merupakan acara tahunan.

"Setiap kali Aidilfitri, Deepavali dan lain-lain perayaan, ahli-ahli Bakti akan menganjurkan majlis bersama-sama anak-anak yatim atau anak-anak kurang upaya," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan cek kepada lapan buah rumah kebajikan tersebut.

Turut hadir pada majlis itu isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Antara lapan rumah kebajikan yang menerima sumbangan Bakti itu termasuk Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah, Persatuan Sindrom Down Malaysia, Rumah Anak-Anak Yatim Kuala Langat dan Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia.

Rosmah memberitahu, sebanyak 250 hamper setiap satu berisi biskut, alat permainan, tuala, berus dan ubat gigi dan milo adalah daripada sumbangan orang ramai.

Tambahnya, selain kanak-kanak kurang upaya, pekerja serta pembantu rumah kebajikan tersebut turut menerima hamper berkenaan.

Majlis minum petang itu turut dimeriahkan dengan persembahan muzik dari The Young Achievers Club dan Subraanjali Dance Theatre.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.