saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/10/2009

Dua menteri ketuai senarai

KUANTAN 23 Okt. - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mendahului senarai 1,144 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Yang Ke-79 di Istana Abu Bakar, Pekan esok.

Fah Kui dan Anifah adalah di antara 13 orang yang dikurniakan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tujuh orang dianugerah darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP), 17 Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 105 Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Turut dikurniakan SSAP ialah Pengerusi Ranhill Berhad, Tan Sri Sallehuddin Mohamed; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah; Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Ibrahim Jaapar; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Penerima lain ialah Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Rodzali Daud; Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Redzuan Sheikh Ahmad; peguam, Datuk Muhammad Shafee Abdullah; Datuk Lee Kong Lam dari Public Bank; Tan Sri Lim Kok Wing dan Pengerusi Eksekutif Putrana Oil Refinery Sdn. Bhd., Mohammad Saraei Faridoun.

Cik Puan Bendahara Pahang, Datuk Habibah Yusoff pula mengetuai senarai penerima darjah SIMP.

Penerima SIMP lain termasuklah Cik Puan Tengah Pahang, Datin Seri Rohaya Abd. Rahim; Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf; Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datin Madinah Mohamad; Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Roseley Khalid; Pengerusi Heitech Padu Bhd., Datuk Mohd. Hilmey Mohd. Taib dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Wira Mohammed Noordin Ali.

Mendahului penerima DSAP ialah Tengku Nurul Kamalia Tengku Kamil Ismail, diikuti Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Suraya Othman.

Turut dianugerahkan DSAP ialah Ketua Pengarah Institusi Pengajian Strategik Antarabangsa, Dr. Mahani Zainal Abidin; Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar; Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff; Panglima Markas 1 Divisyen Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mazelan Kasap; Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hadi Ho Abdullah; Setiausaha Agung FAM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Azzuddin Ahmad.

Penerima lain ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Ab. Hamid Mohd. Nazahar; Pengarah Direktorat Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohd. Nazri Abd. Karim; Profesor Pejabat Pengarah Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Pahang, Profesor Dr. Kamaruzaman Wan Su; Ketua Bahagian Pendakwaan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Tun Abd. Majid Hamzah, dan Haraid Link dari B. Grimm & Co. Bangkok, Thailand.

Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh, Akhtar Tahir mendahului senarai penerima darjah DIMP, diikuti Pengarah Eksekutif Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd., Tengku Taha Alfashini Tengku Abdul Murad Shah.

Turut menerima DIMP ialah Ketua Pengarah Muzium, Ibrahim Ismail; Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Alwi Ibrahim; Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Raslin Abu Bakar, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri (PM), Profesor Madya Khairil Annas Jusoh; pelakon, Baharuddin Omar; Setiausaha Politik PM, Jailani Ngah; Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Jaujan Sambakong; Setiausaha Sulit PM, Mohd. Po'ad Jelani; Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Saiful Bahar Mohd. Arshad; Pegawai Khas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ab. Malek Mohd. Amin.

Naib Presiden (Penghantaran) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ab. Llah M. Salleh; Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, Abdul Malek Md. Noor; Pengarah Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Khalid Abdol Rahman; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan DRB-Hicom, Lukman Ibrahim; Pengarah Automotif Kumpulan DRB-Hicom, Nik Hamdan Nik Hassan; dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Frederick John Fernandez;

Sementara itu, antara penerima pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) ialah penyanyi Mohd. Nasir Abd. Wahab sementara penerima Setia Mahkota Pahang (SMP) pula termasuklah Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Zulkefli Salleh.

Penganugerahan kali ini menyaksikan 22 penerima SAP, 79 menerima Setia Mahkota Pahang (SMP), 69 Ahli Ahmad Shah Pahang - AAP), 143 Ahli Mahkota Pahang (AMP), 134 Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 120 Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 435 lagi Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.