saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 25/10/2009

Kisah Pengasih dan hubungan Malaysia-Indonesia

JARANG sekali kita menyaksikan pemuda-pemuda Indonesia menyanyi dikir barat bersama rakan-rakan dari Kelantan. Dan mereka menyanyi dengan penuh semangat. Inilah yang disaksikan dalam majlis sambutan Hari Raya di Rumah Pengasih pada tahun 1998.

Demikian catatan tukang catat ini dalam akhbar bahasa Inggeris di waktu itu. Kira-kira 230 warga Indonesia berada di asrama dan keluarga mereka datang dari Jakarta untuk menyertai sambutan Hari Raya.

Di samping itu, dua buah lagu Indonesia dinyanyikan oleh pemuda-pemuda Indonesia itu. Jelas sekali mereka merindui kampung masing-masing. Ketika menyanyi itu, ayah-ayah mereka mengambil gambar dengan kamera masing-masing untuk merakamkan dalam album gambar keluarga suatu peristiwa sedih kehidupan mereka.

Rumah pengasih mengadakan pelbagai asrama bagi penghuninya. Tidak ada tembok mengelilingi dan tidak ada pintu-pintu berkunci. Sesiapa saja boleh menyeberangi jalan untuk melarikan diri. ini tidak pun berlaku kerana semua penghuni insaf bahawa beradanya mereka di situ ialah untuk kebaikan diri mereka sendiri.

Ada penghuni yang balik kampung masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri selama beberapa hari. Mereka yang datang dari Indonesia telah menyertai ibu bapa mereka dan adik-beradik di beberapa buah hotel di Kuala Lumpur dan kesemuanya kembali ke asrama selepas itu.

Dalam ucapan sambutannya, Yang Dipertua pusat itu Haji Mohd. Yunus Pathi memberitahu bahawa pusat seumpama dirancang diadakan di Jakarta. Ia akan dibiayai oleh keluarga-keluarga yang ingin meneruskan usaha pemulihan anak-anak mereka.

Menjelang tahun 1998 itu, seramai 200,000 penagih dadah Malaysia telah didaftar, tetapi hanya kira-kira 50,000 menjalani rawatan di 20 pusat rawatan di seluruh Malaysia.

Mohd Yunus yang dipanggil Yeop oleh semua pihak di Rumah Pengasih itu menjadi Presiden Persatuan Pengasih Malaysia dan usaha-usaha rawatan mendapat bantuan dari pihak berkuasa.

Demikian kerjasama yang dijalan di antara Malaysia - Indonesia pada peringkat hubungan di antara rakyat kedua-dua negara. Ertinya, kerjasama bukan hanya pada peringkat rasmi antara para pegawai kerajaan, kementerian dan jabatan.

Kerana, dalam perang berlarutan melawan dadah, kemenangan tidak boleh tercapai dengan pantas. Kerjasama seumpama kedua-dua negara dengan demikian dialu-alukan adanya.

konteks

Hal ini dicatat kini dalam konteks masalah yang dibangkitkan antara lainnya oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), segelintir yang anti-Malaysia. Seperti telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia, sekumpulan rakyat Indonesia sendiri yang bekerja di Malaysia telah mengadakan perhimpunan aman bagi membantah tindakan kumpulan Bendera itu.

Perhimpunan diadakan di hadapan Masjid Kayangan, Brinchang di Cameron Highlands dan mereka membawa poster bertulis kami aman di Malaysia, Malaysia dan Indonesia serumpun. Terima kasih Pahang, Malaysia. Terima kasih bantuan di Padang.

Jurucakap mereka, Ahmad Thoyib Matsum yang telah tinggal sejak 20 tahun lalu menyatakan: “Kami yang mewakili lebih 1,000 rakyat Indonesia di kawasan ini meminta rakan-rakan di negara ini supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan hasutan Bendera.”

Sebenarnya juga pelbagai hal yang berlaku di Indonesia mendapat perhatian di Malaysia, termasuk kegiatan-kegiatan politik, iaitu dari dahulu lagi. Antara yang diingati ialah satu peristiwa dalam rapat raksasa di Indonesia pada waktu dahulu.

Mereka yang terlibat ialah Muso, ketika itu pemimpin Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Haji Agus Salim, pemimpin golongan nasionalis.

Pertama berucap ialah Muso dan ia mulanya bertanya: “Saudara-saudara sekalian, apa panggilan kita bagi seseorang yang berjanggut?” Para hadirin menjawab: “kambing.”

Muso mengajukan pertanyaan kedua: “Apa panggilan kita bagi seseorang yang bermisai?” Hadirin menjawab: “Kucing.”

Setelah Muso selesai berpidato dan duduk semula di kerusinya, Agus Salim melangkah ke pentas dan serta-merta bertanya: “Saudara-saudara sekelian, apa panggilan kita bagi seseorang yang tidak punyai misai dan tidak berjanggut?” Hadirin menjawab: “Anjing.”

Agus Salim senyum lebar lalu meneruskan pidatonya. Tamat cerita. Jelas adanya unsur-unsur kempen politik yang tidak berubah di mana juga negara.

Terdapat di masjid di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah pelbagai risalah termasuk tawaran pelancongan ke Indonesia, termasuk ke Padang, Bukit Tinggi, Medan, Danau Toba, Bali Pesona, Minangkabau, Aceh, Bandung dan Yogyakarta.

Seperti telah dilaporkan oleh akhbar-akhbar dan televisyen ialah tragedi gempa bumi di Padang. Antara yang paling menyedihkan ialah manakala kampung-kampung di pedalaman ranap dilanda tanah runtuh. “Villages turned graveyards” demikian tajuk akhbar bahasa Inggeris. Kira-kira 400 orang maut. Semoga peristiwa-peristiwa seperti ini mengingati semua pihak adanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.