saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/10/2009

Bina ketelusan, tolak fulus... lulus

SETIAP kali Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dikeluarkan, ada saja perbelanjaan yang tidak wajar dibentangkan. Paling mendapat perhatian ialah harga barang atau peralatan yang melampau. Bukan sekali dua perkara seumpama ini dilaporkan berlaku tetapi sudah menjadi tradisi.

Ada saja perkara yang tidak masuk akal dilaporkan dalam laporan tersebut.

Dalam laporan yang dikeluarkan baru-baru ini, antara yang dipertikaikan ialah pembelian peralatan seperti komputer riba yang lebih mahal berbanding harga pasaran, penggunaan bahan binaan yang tidak sewajarnya, pembelian minyak pada harga yang tidak masuk akal dan macam-macam lagi.

Jika diselak kembali helaian LKAN sebelum ini, kita pasti terjumpa mengenai pembelian pada harga tidak masuk akal ini. Contohnya pemutar skru yang dibeli pada harga RM224.94 satu set berbanding harga di pasaran hanya RM40; kamera digital RM8,254.29 seunit berbanding harga pasaran RM2,990; jek satu tan berharga RM5,741.69 seunit berbanding harga sebenar RM50.

Walaupun ada penjelasan yang dibuat selepas itu mengenai beberapa perkara yang disebutkan tetapi ia sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan apakah pihak-pihak berkenaan tidak tegas dalam pembelian dan penganugerahan projek? Lebih membimbangkan apabila pihak atasan sekadar meluluskan pembelian dan kemudiannya bersikap lepas tangan. Mereka tidak peduli sama ada barangan yang dibeli memenuhi spesifikasi atau sama dengan jenama yang diluluskan dalam cadangan pembelian. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku apabila pihak tertentu mahu fulus langsung ke dalam poket. Siapa sangka barangan yang dibeli bukannya barang baru berjenama tetapi berjenama tiruan atau mungkin sekenhen (yang sudah dipakai) sehingga sering berlaku kerosakan dan kos untuk baik pulih lebih mahal daripada harga sebenar barangan berkenaan.

Kakitangan kerajaan terutama yang terlibat dalam soal kelulusan pembelian ini perlu memastikan keadaan ‘melampau’ seperti ini tidak terus berulang. Imej mereka akan terjejas sekiranya keadaan seperti ini berterusan. Pada kebiasaannya, kebanyakan orang akan menerima laporan yang pertama dan akan membuat pelbagai spekulasi mengenai tahap ketelusan dalam urusan kewangan ini.

Penjelasan mengenainya yang dibuat pada hari kedua, hari ketiga dan seterusnya dipandang remeh malahan ada yang menolaknya bulat-bulat kerana mencari silap adalah lebih ‘menyeronokkan’ daripada mendengar penjelasan yang diberi bagi menegakkan kebenaran. Itu lumrah manusia. Maka eloklah awal-awal lagi jangan tersilap.

Justeru, adalah lebih baik, langkah-langkah tertentu dilakukan supaya apabila keluar sahaja LKAN, angka-angka yang dilaporkan benar-benar tepat. Janganlah menunggu kepincangan terbongkar dan kemudiannya terpaksa membuat pelbagai penjelasan bagi mewajarkan sesuatu perbelanjaan sekali gus menafikan laporan yang sudah dibentangkan.

Pada masa yang sama tindakan tegas perlu diambil supaya keadaan seperti ini lebih-lebih lagi pembelian harga yang melampau atau tidak masuk akal tidak berulang. Jangan biarkan mereka yang melakukan kesilapan atau menyeleweng lepas bebas. Kita mahu ketelusan bukannya fulus ‘telus’ ke tempat yang tidak sepatutnya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga harus mengambil tindakan segera menyiasat pelbagai pendedahan yang dilaporkan dalam LKAN itu.

Ini kerana berdasarkan laporan itu, terdapat unsur rasuah, penyelewengan dana awam, penyalahgunaan harta kerajaan dan perkara lain yang menjejaskan kepentingan negara serta reputasi kerajaan. Mungkin SPRM tidak perlu menunggu aduan daripada mana-mana individu atau pihak tertentu berhubung sebarang penyelewengan sama ada melibatkan peringkat Persekutuan atau di peringkat negeri.

Kita sedar masih ada yang kurang yakin dengan usaha kerajaan untuk menghapuskan unsur-unsur rasuah dalam pentadbiran kerajaan lebih- lebih lagi mereka yang terlibat dengan kelulusan permohonan.

Walaupun unsur-unsur rasuah secara kecil-kecilan sukar dibuktikan, tetapi di luar, ramai yang bercakap mengenainya. Mereka menyebutnya sebagai duit kopi atau pelincir.

Namun disebabkan ‘pelincir’ itu memudahkan pergerakan urusan sesuatu permohonan, maka yang menjadi mangsa tidak membuat sebarang aduan. Lebih malang lagi, ada yang menghulurkan duit kopi itu menyebut: ‘‘Mereka juga nak cari makan’’. Bagi mereka apalah sangat ‘pelincir’ yang kecil itu jika urusan boleh diselesaikan dalam masa yang singkat dan pantas. Tidak membuang masa menunggu terlalu lama dan sebagainya.

Satu perkara lagi, kebanyakan daripada kita mengambil sikap malas untuk membuat aduan mengenai apa juga kepincangan yang berlaku. Tidak kiralah dalam sektor kerajaan atau swasta.

Mereka tidak sanggup ulang-alik memberi keterangan apabila kes ini dibuka. Ya, mungkin kos untuk ke pejabat memberi keterangan dan sebagainya lebih besar daripada jumlah ‘pelincir’ yang diberi.

Contoh mudah yang boleh diambil ialah bagaimana pengguna teksi yang mengalami masalah dengan pemandu yang meletak harga tanpa menggunakan meter. Kejadian ini berleluasa terutama di pinggir Kuala Lumpur seperti Serdang, Kajang dan Bangi. Teksi bermeter tetapi menggunakan tambang kereta sewa. Disebabkan kawasan ini tidak mendapat khidmat pengangkutan awam yang cekap, maka pengguna yang ‘dicekik’ tidak ada pilihan kecuali menggunakan perkhidmatan tersebut yang meletak harga sesuka hati. Mungkin lebihan tambang RM10 tetapi jika mereka membuat aduan, kos lain ekoran aduan itu mungkin lebih besar daripada RM10. Akhirnya mereka mendiamkan diri.

Berbalik kepada masalah ‘pelincir’ kecil-kecilan ini, maka pihak kerajaan tidak boleh lari daripada memastikan tahap kecekapan urusan mereka. Kecekapan di kaunter dengan mengelakkan pelbagai kerenah birokrasi terutama dalam urusan sesuatu permohonan dapat mengurangkan ‘pelincir’ ini. Tolak fulus telus ke dalam kocek sendiri demi membina ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.