saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/10/2009

Rundingan UMNO-Pas masih terbuka - Muhyiddin

PUTRAJAYA 25 Okt. - UMNO menegaskan komitmennya untuk mengadakan rundingan dengan Pas dalam mengukuhkan perpaduan ummah tidak ada titik noktah meskipun parti pembangkang itu kini mengalami krisis kepimpinan yang kritikal akibat isu kerajaan perpaduan.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, malah UMNO menerusi pendirian presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak kerana perpaduan ummah yang akan dicapai kelak membabitkan kepentingan menyeluruh orang Melayu dan bukan Melayu.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh orang Melayu termasuk sebilangannya yang 'meninggalkan' parti itu sebelum ini supaya kembali bertaut di bawah UMNO demi menjayakan proses perubahan khususnya gagasan 1Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri.

''UMNO tidak tetapkan tempoh tertentu (rundingan dengan semua pihak untuk kukuh perpaduan ummah), tidak ada titik noktah dan penutupnya.

''Maka atas dasar perubahan yang digerakkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang mahu melihat perpaduan itu terjalin, maka marilah kita tanpa mengira ideologi politik mencari jalan untuk memajukan negara ini, ini untuk kebaikan orang Melayu dan bukan Melayu," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Pertandingan Akhir Mighty Minds Challenge 2009 anjuran The Star di sini hari ini.

Muhyiddin ditanya adakah hasrat UMNO untuk berbincang dengan Pas dalam usaha mengukuhkan perpaduan ummah akan pudar berikutan krisis kepimpinan yang berlaku dalam Pas ketika ini.

Menurut Muhyiddin, UMNO percaya krisis kepimpinan dalam Pas bukan semata-mata disebabkan isu kerajaan perpaduan.

''Apabila Datuk Nik Abdul Aziz nak adakan EGM untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang tidak sehaluan dengannya, ia bererti perpecahan kepimpinan sudah sedia ada dalam parti itu,'' katanya.

Cadangan kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta disokong Nasharuddin yang juga timbalannya bagaimanapun ditentang hebat oleh Nik Abdul Aziz serta semua sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.