saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 26/10/2009

Koleksi setem kenangan Tuanku Muhriz


Sebahagian pelajar sekolah yang melawat pameran setem dan sampul surat sempena Hari Pertama Pertabalan Tuanku Muhriz di Seremban, semalam.


KUALA PILAH 25 Okt. - Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir semalam melancarkan setem kenang-kenangan serta sampul surat Hari Pertama yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad sempena pertabalan baginda sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Turut berangkat pada majlis pelancaran itu Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud dan putera, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Koleksi Setem berkenaan mula dijual kepada orang ramai esok dengan keluaran dua saiz iaitu 29 milimeter x 34 milimeter dalam denominasi 30 sen dan 50 sen manakala saiz 58 milimeter x 34 milimeter dalam demoninasi RM1.

Setem kenang-kenangan tersebut memaparkan koleksi potret Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani.

Selain itu, sampul surat Hari Pertama berharga 30 sen pula boleh didapati di pejabat pos seluruh negara manakala folder yang berharga RM5.50 boleh didapati di pejabat pos yang terpilih sahaja.

Pada masa yang sama juga, baginda turut berkenan merasmikan pameran 'Raja Kita' yang berlangsung di Muzium Diraja Seri Menanti, dekat sini.

Dalam titah ucapan itu, Tuanku Muhriz berharap setem yang menjadi tanda atau simbol kepada pembayaran khidmat penghantaran surat telah menjadi bahan himpunan atau 'collectors item' yang tinggi harganya.

Baginda bertitah ia juga mencerminkan peristiwa penting dalam sejarah tamadun manusia.

''Disamping itu, setem dan sampul surat Hari Pertama sudah menjadi bahan rebutan di kalangan filateli di seluruh dunia.

''Dalam konteks ini beta berpendapat setem dan sampul surat Hari Pertabalan ini berkemungkinan akan menjadi collectors item pada suatu hari nanti," titah baginda.

Mengenai pameran Raja Kita, baginda berharap agar rakyat di Negeri Sembilan akan mengambil peluang ini untuk melihat dengan lebih dekat pameran yang dapat memberikan banyak informasi dan pendedahan kepada rakyat tentang institusi Raja di Negeri Sembilan.

Turut hadir ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Razak Mansor dan Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Tan Sri Aseh Che Mat.

Terdahulu pada sebelah pagi, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani berkenan menziarah Makam Diraja dekat sini dengan membaca surah Yasin dan tahlil yang dibimbing oleh Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang juga Ahli Majlis Fatwa Kerajaan negeri, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin.

Tuanku Muhriz yang turut membawa putera bongsu, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin dan memangkunya telah meluangkan masa kira-kira sejam di makam berkenaan bersama Tuanku Aishah dan dua lagi putera baginda, Tunku Ali dan Tunku Zain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.