saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 27/10/2009

Bayi antara empat maut kemalangan

SEPANG 26 Okt. – Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berusia tiga bulan maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 1.5, Persiaran Selatan, Kajang-Dengkil di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, sebuah kereta Proton Saga dipercayai dipandu laju oleh seorang wanita terbabas lalu bertembung dengan kereta Kancil yang dinaiki keluarga malang itu dari arah laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Zahedi Ayob yang mengesahkan kejadian itu berkata, pemandu kereta Kancil, Nor Adila Mohd. Zawawi, 26, dan kakaknya, Nor Lenny Marlina Mohd. Zawawi, 28, mati di tempat kejadian.

Ibu mereka, Wan Hamisah Wan Ibrahim, 56, dan bayi kepada Nor Lenny, Siti Nur Balqis Muhammad Arif Fadilah berusia tiga bulan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya dekat sini.

Kesemua mangsa berasal dari Desa Pinggiran Putra, Sungai Merab, Kajang.

Zahedi memberitahu, kereta Proton Saga yang dipandu oleh Rabiah Ghani, 44, dipercayai dalam perjalanan dari arah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menuju ke pusat bandar manakala mangsa dari arah pusat beli-belah Alamanda menuju ke Taman Pinggiran Putra.

Jelasnya, Rabiah mengalami patah kaki dan kini dirawat di Hospital Putrajaya.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dalam pada itu, Zahedi berkata, polis sedang mencari saksi kemalangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Saksi diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Inspektor Zaidi Hashim di talian 013-3230811,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah meluangkan waktu menziarahi mangsa-mangsa berkenaan di Bilik Mayat Hospital Putrajaya.

Beliau mengucapkan takziah kepada Mohd. Zawawi Ablah, 56, yang merupakan pegawai kanan di Kementerian Kewangan.

Dalam kejadian di Kemaman, kelmarin, empat sekeluarga yang berhajat menghadiri kenduri kahwin di Felda Neram 2, Cheneh dekat sini tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan yang turut mengakibatkan kereta dinaiki terbakar.

Sebelum itu, pada 20 Oktober lalu, tiga lelaki maut setelah terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 9, Jalan Port Dickson-Seremban, Lukut.

Pada tarikh sama juga, keseronokan empat beranak menyambut Deepavali di rumah saudara di Kerian, dekat Bagan Serai bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Simpang Empat-Jalan Gula.

Pada 18 Oktober, tiga maut termasuk seorang pelakon dan warga Amerika Syarikat (AS) selepas kereta dinaiki mereka merempuh tembok sebuah jambatan ketika mengelak seekor kucing.

Pada 17 Oktober pula, seorang ibu yang sarat mengandung serta anak perempuannya berusia lima tahun terbunuh setelah dirempuh sebuah kereta dipandu laju ketika berteduh di sebuah jejambat di Putrajaya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 6:59
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.