saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/10/2009

Konsert, sketsa hiasi Kekasih Awal... Akhir di TV2


Rokiah Norma Ramli (kiri) bersama Mohd. Yunus Pathi pada sesi temu bual program Kekasih Awal... Akhir, Kenali Anak Kita di Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


BUAT pertama kalinya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal membawakan program yang menekankan aspek pencegahan tingkahlaku, penyelewengan serta penyalahgunaan dadah dalam Kekasih Awal…Akhir, Kenali Anak Kita.

Bakal dirasmikan oleh Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, program yang dijadualkan berlangsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 1 November ini (Ahad) juga bakal berlintas langsung dari Padang Semarak, Kuala Lumpur menerusi konsert, Gegar Generasiku.

Program kerjasama RTM dan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), itu turut disiarkan secara langsung di TV2 pada pukul 8.30 malam.

Presiden Pengasih, Mohd. Yunus Pathi pada sesi temu bual yang diadakan di Wisma TV, Angkasapuri baru-baru ini berkata, program tersebut adalah antara 20 siri penganjuran yang dilakukan selama dua tahun bermula Mei lalu.

"Setakat ini kita baru jalankan sebanyak lima siri di sekitar ibu kota yang merangkumi forum dan bual bicara. Ternyata apabila didedahkan kepada umum, maklum balas yang diterima daripada golongan ibu bapa begitu memberangsangkan.

"Selain Wilayah Persekutuan, kita juga bakal ke Perak, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan sebagainya untuk menjalankan program ini sepanjang dua tahun.

"Apa yang kita lihat, isu dadah ini telah diperkatakan sejak berdekad lamanya. Dan apa yang membimbangkan kebanyakannya melibatkan anak-anak dan generasi muda.

"Lebih malang lagi, kebanyakan ibu bapa tidak perasan yang anak mereka terpengaruh dengan najis dadah sehinggalah keadaan menjadi bertambah teruk.

"Jadi program sebegini membantu memberi kesedaran kepada ibu bapa khususnya menilai serta membuat andaian setiap gerak geri anak-anak mereka yang dilihat berpotensi terjerumus kearah itu," katanya.

Selain bual bicara, antara pengisian yang bakal melatari program itu pada malam tersebut di Auditorium Perdana ialah, sketsa berkaitan isu penyalahgunaan dadah dari para pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (Aswara), serta persembahan barisan artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Misha Omar, Mila, Bob dan Ernie.

Di Padang Semarak pula, penonton bakal dihiburkan oleh Aizat dan Estranged secara terbuka.

Sementara itu, Pengarah Penerbitan TV, Rokiah Norma Ramli pada sesi temu bual yang sama memberitahu, penyelitan sketsa dan hiburan seperti nyanyian secara kreatif dari segi penerbitan mampu menarik minat penonton untuk mendengar dan menonton program tersebut.

"Untuk sketsa pula, kita akan paparkan kisah kehidupan beberapa remaja yang menceritakan tentang masalah mereka sehingga terjerumus dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah," katanya.

Kata Rokiah, konsert yang bakal dipaparkan menerusi lintas langsung dari Padang Semarak adalah bertujuan memberi peluang kepada generasi muda khususnya golongan remaja untuk berhibur dalam keadaan terkawal sambil menyokong memerangi dadah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.