saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 30/10/2009

Evolusi institusi pasar tani


Konsep pasar tani mega merupakan satu transformasi menambah baik sistem jualan sedia ada.


KIRA-KIRA 24 tahun dahulu, ia hanyalah sebuah kawasan penjualan hasil pertanian yang diusahakan sendiri oleh peserta. Ketika itu, platform pertemuan petani dan pembeli itu berkisar semata-mata untuk memasarkan hasil pertanian secara terus.

Kini menjejaki usianya ke-25 tahun pewujudannya, pasar tani menjadi satu jenama yang berfungsi sebagai Medan Pertemuan Pengeluar - Pengguna dan menjadi institusi pemasaran yang utama di negara ini.

Konsep pasar tani bermula dengan pelancaran pasar tani yang pertama pada 31 Januari 1985 di Larkin, Johor Bharu.

Konsep yang diperkenalkan pada masa itu bercirikan mudah alih menggunakan payung berwarna, suasana karnival dengan identiti tersendiri.

Ketika itu, bilangan pasar tani hanya 12 buah dengan penglibatan seramai 317 orang peserta dan nilai jualan hanya RM 1.4 juta sahaja.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz berkata, pasar tani tersebut merupakan cetusan idea persatuan pengguna Malaysia dan pihaknya diberi tanggungjawab menyediakan infrastruktur dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan supaya ia dapat diwujudkan secara teratur.

Beliau berkata, sejak itu, perkembangan dan kemajuan pasar tani semakin ketara dan sambutan yang diterima juga menggalakkan.

''Bilangan peserta bertambah dan kini terdapat 16,260 semuanya,'' kata beliau.

Malah pembaharuan pasar semakin ketara dengan pengenalan konsep baru antaranya mewujudkan pasar tani mega, pasar tani kekal pasar tani borong, pasar tani pelancongan, pasar tani desa, karavan pasar tani dan terbaru, pendekatan jualan secara bergerak menggunakan kereta roda tiga.

Selain itu, pewujudan pasar tani melahirkan ramai usahawan pertanian termasuk yang dihasilkan daripada padanan dengan pembekal menerusi konsep kontrak perladangan.

Pada masa sama, pengguna memperoleh produk segar pada harga yang berpatutan.

Beliau berkata, pewujudan pasar tani jelas memberi impak yang besar dalam memajukan aspek pemasaran pertanian memandangkan berlaku perubahan dalam aliran produk ke pasaran.

Sebagai contoh katanya, bagi komoditi sayur-sayuran dan buah-buahan, senario sebelum ini menunjukkan bahawa kira-kira 90 peratus dijual ke pasar borong dan bakinya sama dihantar ke peruncit, dieksport atau diproses.

Pada hari ini, daripada RM4 bilion nilai jualan komoditi tersebut, sebanyak RM400 juta atau 10 peratus urus niaga berlaku di pasar tani.

FAMA katanya menawarkan pelbagai insentif kepada usahawan tani yang menyertai pasar tani iaitu iaitu menyediakan peluang perniagaan dalam bidang peruncitan dan pemborongan.

Selain itu, FAMA juga menawarkan perkhidmatan nasihat kepada peserta kursus, maklumat pasaran, program mentor mentee padanan perniagaan dan direktori perniagaan.

Kemudahan lain termasuk pembayaran mudah pembelian peralatan dan perkhidmatan urus setia mencakupi maklumat harga panduan, pengesahan alat timbangan, panduan susun atur produk.

Selain itu, kadar caj sewaan tapak adalah yang rendah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.