saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 30/10/2009

Melahirkan usahawan tani


Pasar taNi kekal di Jerantut YANG MENGGABUNGKAN CIRI-CIRI KEMODENAN DAN SELESA.


Sehingga 30 September lalu , sejumlah 344 buah pasar tani telah dibangunkan yang terdiri daripada 317 pasar tani runcit (pasar tani mega, pasar tani pelancongan dan pasar tani bunga).

Selain itu, terdapat empat pasar tani borong, tiga pasar tani kekal dan 20 buah pasar tani Desaraya.

Jumlah keseluruhan peserta pasar tani ialah 16,260 orang, meningkat dari tahun ke tahun dengan nilai jualan di seluruh negara pada tahun 2008 adalah RM438 juta.

Perkembangan pasar tani bermula dari tahun 1985 adalah seperti berikut.

Fasa pembangunan pasar tani

Selama 24 tahun era penubuhannya, pasar tani telah berkembang pesat melalui beberapa fasa pembangunan seperti berikut:-

l Fasa pengenalan (1985 - 1994)

Di era awal fasa pembangunan, fokus pembangunan pasar tani pada masa itu lebih menjurus kepada menggalakkan penyertaan petani untuk menjadi peserta pasar tani.

Pada ketika itu, pembukaan pasar tani lebih ditumpukan di kawasan strategik di bandar-bandar besar sahaja.

Pada fasa ini, petani-petani memasarkan produk mereka di bawah payung bulat berbagai warna. Bagaimanapun untuk membangkitkan imej yang lebih menarik dan seragam warna payung pasar tani kemudiannya diubah kepada warna hijau dan putih.

l Fasa pengukuhan (1995 - 2003)

Fasa kedua, fasa pengukuhan, fokus pembangunan pasar tani pada masa itu kepada pembangunan keusahawanan peserta pasar tani. Peserta pasar tani diberi latihan, kursus, lawatan dan bimbingan dari aspek keusahawanan bagi melahirkan peserta yang berdisiplin dan berdaya saing.

Peserta pasar tani yang dilihat mempunyai potensi untuk lebih maju diberi peluang dan galakkan menyertai beberapa projek pembangunan FAMA seperti pasar tani borong dan pasar tani Desaraya.

Pasar tani borong merupakan satu institusi pemasaran yang dibina bagi menempatkan peserta pasar tani yang mempunyai bekalan yang banyak dan memasarkan dalam kuantiti yang besar.

Pasar tani borong dibina berstruktur separa kekal dan beroperasi setiap hari. Pasar tani borong Selayang dan Pasar Tani Borong Puchong adalah antara pasar tani borong yang telah diwujudkan pada masa itu.

Pasar tani Desaraya pula merupakan satu institusi pemasaran ala mini market. Pasar tani Desaraya ini menempatkan antara tiga dan lima orang peserta pasar tani menjual berlainan komoditi di bawah satu bumbung di rumah kedai. Mereka berurusniaga secara peruncitan setiap hari.

l Fasa pemodenan (2004 - 2010)

Fasa pemodenan, FAMA memperkenalkan pasar tani mega di samping pasar tani kekal.

Pasar tani mega telah diperkenalkan pada 19 September 2004 dan dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, di Shah Alam, Selangor.

Pasar tani mega diperkenalkan bagi memberikan satu anjakan imej yang baru dan seterusnya mengekalkan daya saing pasar tani. Ia merupakan satu lambang kejayaan milik bersama usahawan tani yang menjadi peserta pasar tani dan juga pengeluar iaitu petani, penternak , nelayan dan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pasar tani mega memperkenalkan beberapa ciri baru yang menonjolkan suasana ceria, mesra pelanggan, dan peragaan barangan yang lebih kemas, teratur dan hygenic serta ruang membeli belah yang lebih luas.

Perubahan ketara yang diperkenalkan buat pertama kali ialah keseragaman dari segi peralatan iaitu penggunaan kanopi berwarna merah hati bersaiz 10 x 10 kaki, rak bertingkat, pakaian seragam dan alas meja.

Pasar tani akan dinaik taraf kepada pasar tani mega setelah mencapai ciri-ciri yang ditetapkan seperti berikut:-

l Bilangan peserta melebihi 75 orang.

l Bilangan penggunaan kanopi melebihi 100 buah.

l Nilai jualan tahunan melebihi RM1 juta.

Pasar tani kekal pula merupakan satu institusi pemasaran moden, berstruktur kekal, mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan beroperasi setiap hari.

Pasar tani kekal pertama dibina di Jerantut, Pahang dan telah beroperasi pada 24 September 2007.

Pasar tani kekal yang kedua telah pun dibina di pekan Bukit Gambir, Muar Johor dan telah pun beroperasi pada 24 Februari tahun lalu.

Sebuah lagi adalah Pasar Tani Kekal Guar Chempedak, Kedah yang telah beroperasi pada 1 April lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.