saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 31/10/2009

Tsu Koon tidak terganggu dengan kenyataan Mohamad Aziz

31/10/2009 2:30pm

KUALA LUMPUR 31 Okt. Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menegaskan, beliau tidak berasa terganggu dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mendesaknya agar meletak jawatan baru-baru ini.

Serentak dengan itu, beliau menyeru ahli-ahli Gerakan agar tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.

"Saya tidak akan berasa terganggu dengan kenyataan Mohamad kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan semangat Barisan Nasional (BN), malah tidak produktif.

"Saya akan lebih fokus kepada tugas yang diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan 2009 di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, tindakan Mohamad itu disifatkan mencemari semangat BN yang telah wujud sejak sekian lama. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.