saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 02/11/2009

Jubah kontemporari, elegan dan bergaya


Jubah bersulam di hujung kain dan lengan yang berbentuk tirus.


BERJUBAH dan berabaya mungkin bukan pakaian harian bagi penduduk di sini suatu waktu dahulu. Tetapi mengikut peredaran masa dan kedatangan ramai pelancong dari Asia Barat yang sering memakai pakaian tersebut telah sedikit sebanyak mempengaruhi minat wanita Malaysia mengenakannya yang dikira bersopan.

Keselesaan memakainya menjadikan jubah dan abaya pilihan ramai baik sama ada ke pejabat, ke majlis kenduri, ke majlis perkahwinan, berkunjung ke rumah saudara-mara di hari perayaan dan sebagainya.

Lazimnya jubah berwarna hitam menjadi kesukaan ramai kerana hitam tetap dianggap warna eksklusif dan dikatakan dapat menutup bentuk tubuh yang berisi. Namun sekarang, pelbagai warna-warna terang ditawarkan dengan hiasan seperti sulaman, manik, sequin, batu swarovski dan jahitan silang pangkah.

Menurut pemilik butik Beautiful Abaya, Haliah Abdul Hamid, hampir kesemua jubah dan abaya yang terdapat di butiknya diperbuat daripada fabrik sutera satin, sutera poliester, songket India, organza, kain renda dan sutera kapas.

''Jubah-jubah ini diimport dari Dubai, Jordan, Turki, Syria dan Iran. Ada yang mengikut bentuk badan dan ada yang hanya lurus ke bawah, terpulang pilihan masing-masing. Bagi yang kurus ramping, bolehlah memilih jubah yang berbentuk manakala yang ingin menyembunyikan kegemukan dan telah berusia, pilihan lurus sesuai.

''Walaupun memakai jubah hitam, tetapi diyakini ia tidak akan membuat seseorang itu merasa panas kerana ia fabriknya dari gred A dan tidak panas walaupun dalam cuaca seperti Malaysia,'' katanya ketika ditemui di butiknya di Plaza Idaman, Jalan Gombak, baru-baru ini.

Menurut Haliah yang menceburi bidang perniagaan jubah ini setahun yang lalu, permintaan untuk jubah dan abaya ini kerap diterima daripada pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta individu yang ingin kelihatan elegan, sopan dan bergaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.