saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/11/2009

Saya tak faham dia – Nakhaie

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Bekas Yang Dipertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad tidak faham mengapa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menuduhnya terlibat dalam rasuah dan penyelewengan semasa menerajui yayasan itu.

Menurutnya, bekas Mufti Perlis itu tidak tahu apa-apa mengenai Yadim serta tidak pernah terlibat dengan mana-mana program yayasan itu sebelum ini sehingga boleh membuat tuduhan sedemikian terhadapnya.

Nakhaie yang turut dituduh mengumpul kekayaan semasa menjadi YDP Yadim menyangkal kesemua tuduhan berkenaan dan mencabar Mohd. Asri membuktikan perkara itu.

‘‘Saya tak faham, saya tak kenal dan saya tak tahu apa yang dia hendak,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Nakhaie, perkara itu perlu dijelaskan kepada orang ramai agar mereka tidak terpengaruh dengan tuduhan berkenaan serta mendapat maklumat sebenar dari pihak yang terbabit.

Yadim secara tidak langsung terlibat dalam kemelut yang melanda Mohd. Asri apabila bekas Mufti Perlis itu mendakwa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) memfitnahnya dalam memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi membantah sebarang cadangan melantik beliau sebagai YDP Yadim.

Mohd. Asri pada sidang akhbar berhubung perkara itu kelmarin berkata, beliau tahu siapa di belakang Pgsm dan mendakwa pihak bertanggungjawab menjadikan agama untuk ‘buat duit’.

Nakhaie bagaimanapun menyangkal penglibatannya dalam memorandum yang dipersembahkan Pgsm kepada Tuanku Mizan.

Sebelum ini katanya, Yadim tidak mempunyai masalah terhadap sesiapa sehingga Mohd. Asri menuduh beliau selaku YDP Yadim sebelum ini terlibat dengan rasuah dan perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara.

‘‘Saya tak kenal rapat dan dekat dengan dia (Mohd. Asri), jadi macam mana dia tuduh saya cakap yang dia tidak layak jadi YDP Yadim.

‘‘Saya kesal dengan hal ini tambahan lagi ia melibatkan perbalahan antara orang agama,” katanya.

Nakhaie menjelaskan bahawa jawatannya sebagai YDP Yadim tamat semalam dan beliau tidak tahu siapa yang akan dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengisi kekosongan itu.

Menurutnya, pengisian jawatan tersebut adalah mengikut budi bicara Perdana Menteri untuk memilih individu yang dianggap layak menerajui institusi dakwah terbesar negara itu.

Ditanya adakah beliau mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Mohd. Asri jelasnya, beliau akan mengkaji perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.