saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 03/11/2009

PPB jual operasi gula kepada Felda Global

KUALA LUMPUR 2 Nov. - OSK Research Sdn. Bhd. percaya PPB Group Bhd. mungkin menggunakan hasil yang dikumpul daripada jualan unit gulanya untuk melabur dalam Wilmar China.

"Kami menjangka hasil itu mungkin akan dilabur dalam Wilmar China, yang akan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong, yang kemungkinan akan membawa pulangan yang besar," kata syarikat penyelidikan itu dalam nota penyelidikannya di sini, hari ini.

Jumaat lepas, PPB Group mencadangkan pelupusan 100 peratus kepentingan ekuitinya dalam Malayan Sugar Manufacturing Company Bhd. kepada Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) dengan harga RM1.2 bilion.

Ia juga bercadang untuk menjual 50 peratus kepentingan ekuitinya dalam Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd. dan tanah di Chuping, Perlis, kepada FGVH masing-masing dengan harga RM26.3 juta dan RM45 juta.

Syarikat itu dalam pengumumannya berkata, hasil itu akan digunakan bagi pelaburan strategik dalam bukan sebaliknya diagihkan sebagai dividen khas kepada pemegang saham.

Melihat kemungkinan bagaimana PPB Group boleh menggunakan wang tersebut, OSK Research berkata, sekiranya kumpulan itu meningkatkan pelaburannya dalam Wilmar International, ia hanya boleh membeli tambahan 1.3 peratus berdasarkan kepada harga semasa.

Pengerusi PPB Group, Datuk Oh Siew Nam menyebut sebelum ini bahawa kumpulan itu akan membeli saham tambahan dalam Wilmar International sekiranya harga berpatutan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.