saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/11/2009

Jemaah, petugas diberi vaksin

MEKAH 3 Nov. – Kementerian Kesihatan Arab Saudi mula memberikan vaksin kepada jemaah haji tempatan dan petugas di Mekah dan Madinah sebagai langkah mencegah penularan selesema babi.

Penolong Timbalan Menteri Kesihatan untuk Perubatan Pencegahan, Dr. Ziad Al-Memish berkata, jumlah dos untuk vaksin selesema babi adalah banyak untuk mula memvaksin kumpulan ini kerana langkah-langkah pencegahan ini hanya berkesan selepas 10 hari vaksin diberikan.

Dalam laporan akhbar harian berbahasa Inggeris Arab Saudi, Arab News, beliau berkata, memberikan vaksin bukanlah wajib bagi jemaah haji tempatan tetapi beliau meminta agar mereka mengambil vaksin ini 10 hari sebelum menunaikan ibadah haji.

Seramai 7,000 orang telah dihidapi selesema babi yang menyebabkan 62 kematian di negara itu.

Pada Isnin, Kementerian Kesihatan telah memberikan vaksin itu kepada 74 pusat kesihatan di 18 wilayah yang ada pesakit disyaki menghidapi selesema babi sehingga tengah malam setiap hari.

Beliau berkata, mesin pengawasan bergerak telah diedarkan kepada pegawai kesihatan yang bertugas di tanah suci bagi memantau penularan virus itu memandangkan musim haji hanya seminggu lagi.

Sebuah Pejabat Pemerintah Pusat akan diwujudkan bagi memantau penularan virus itu melalui rangkaian berkenaan.

“Kita sedang berusaha dengan giatnya untuk menjadikan musim haji ini bebas daripada selesema babi,” kata Al-Memish sambil menambah kerjasama daripada orang ramai diperlukan bagi menjayakan usaha ini. – BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.