saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 04/11/2009

Saiful Bukhari turut muncul di mahkamah


MOHD. Saiful Bukhari ditemani bapanya, Azlan Mohd. Lazim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Perbicaraan penuh kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim belum pun bermula - namun pengadu dalam kes itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini muncul di Mahkamah Tinggi di sini.

Kemunculan pertamanya itu ditemani bapa, Azlan Mohd. Lazim dan peguam, Zamri Idrus serta beberapa pengawal peribadi.

Pemuda berusia 24 tahun itu kelihatan tenang memasuki mahkamah pada pukul 8.40 pagi ketika galeri awam masih kosong sebelum ditempatkan di bilik saksi.

Sehingga selesai prosiding sebutan kes liwat itu kira-kira pukul 10 pagi, Mohd. Saiful langsung tidak menemui bekas majikannya itu yang hadir di mahkamah bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding berakhir, Mohd. Saiful berkata, dia hadir ke mahkamah hari ini untuk melihat sendiri perkembangan kes tersebut.

Menurutnya, dia sudah lama bersedia untuk memberi keterangan pada bila-bila masa walaupun perbicaraan dimulakan esok.

''Saya mohon agar pihak yang terlibat di dalam kes saya ini dapat mempercepatkan prosiding agar saya dapat memberi keterangan secepat mungkin tanpa perlu menunggu lebih lama lagi.

''Diharap pihak tertuduh tidak lagi berdolak-dalik dalam perkara ini.

''Sudah hampir setahun setengah saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga bersabar menunggu hari perbicaraan sebenar untuk kebenaran ditegakkan,'' katanya yang berkemeja cerah, kot hitam dan bersongkok.

Mohd. Saiful juga yakin masyarakat sudah lama menunggu bermulanya perbicaraan penuh kes itu kerana ia merupakan platform yang adil dan terbaik untuk mana-mana pihak mencabar apa jua bukti serta keterangan yang akan diberikannya.

Ditanya mengenai penangguhan demi penangguhan kes itu, katanya, dia kecewa dan sedih kerana telah setahun setengah kes itu masih tidak dapat dibicarakan.

Saksi utama dalam tuduhan kes liwat kali kedua terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun memberi sepenuh kepercayaan kepada mahkamah untuk menetapkan tarikh perbicaraan penuh.

Dia turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan moral kepadanya termasuk rakan-rakan blogger, forum dan laman-laman sosial di Internet termasuk Facebook.

Sementara itu, Azlan memberitahu, setelah lebih setahun menunggu perbicaraan pihaknya akan tetap bersabar kerana telah menjangkakan kes itu hanya akan dibicarakan pada tahun hadapan.

''Kalau kita boleh menunggu satu setengah tahun, kenapa tidak boleh menunggu dua atau tiga bulan lagi. Saya serahkan kepada budi bicara mahkamah,'' katanya.

Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Kes tersebut dijadualkan disebut semula di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 23 November ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.