saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 04/11/2009

Kes Anwar saman Ka Siong 3 Mac

KUALA LUMPUR 3 Nov. Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 3 Mac depan pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Ka Siong didakwa memfitnah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Machap pada 2007.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Nazri Ismail di kamar beliau hari ini.

Dalam saman yang difailkan pada 18 April tahun lalu, Anwar mendakwa, Ka Siong telah mengucapkan kata-kata fitnah dalam ceramah di Machap, Melaka pada 11 April 2007 sehingga menyebabkan penerbitan artikel di laman sesawang Malaysiakini.com bertajuk Parties at their last leg of campaigning.

Dakwa Anwar, artikel mengandungi kata-kata menyinggung itu merupakan fitnah yang membawa maksud negatif sama ada secara semula jadi atau kiasan (inuendo) terhadapnya.

Fitnah itu, dakwa plaintif, telah menyebabkan reputasinya terjejas teruk sama ada di dalam mahupun luar negara dan telah menjadi skandal umum, kebencian ramai serta penghinaan mengakibatkan beliau mengalami kemurungan, kebimbangan dan malu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.