saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 04/11/2009

Radhi OAG dikenakan waran tangkap lagi

PETALING JAYA 3 Nov. - Vokalis kumpulan Old Automatic Garbage (OAG), Radhi hari ini terus 'mengekalkan rekod' tidak hadir ke mahkamah menyebabkan satu lagi waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Ini kali ketiga penyanyi itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini atas kesalahan yang sama pada prosiding pengesahan lafaz cerainya.

Waran tangkap kali pertama dan kedua dikeluarkan oleh mahkamah tersebut pada 21 April dan 24 Jun lalu sewaktu perbicaraan lafaz cerai kali pertamanya dijalankan.

Kehadirannya pada prosiding yang lalu juga mengecewakan kerana Radhi hanya hadir selepas enam kali kes disebut di mahkamah, itu pun selepas waran tangkap dikeluarkan.

Media difahamkan Radhi atau nama sebenarnya Mohd. Radhi Razali, 30, ketika dihubungi oleh isterinya, Shazlin Shariff, 30, sebelum prosiding hari ini menyatakan keengganannya hadir ke mahkamah.

Bagi pengesahan lafaz cerai kali pertama pada 27 Julai lalu, Hakim Syarie, Ghazali Ahmad memutuskan pasangan itu masih suami isteri selepas vokalis kumpulan OAG itu membuat sumpah penafian pernah melafazkan talak pada 15 September 2008.

Walaupun tanpa kehadiran Radhi, perbicaraan pengesahan lafaz cerai kali kedua tetap berjalan seperti biasa dengan mahkamah mendengar keterangan Shazlin.

Pelakon drama dan bekas anggota kumpulan Girls In Music (GIM) itu memberitahu, suaminya melafazkan cerai talak tiga dalam satu perbualan telefon pada Februari lalu.

Ketika itu, jelasnya, dia berada di tempat kerja di Damansara Intan manakala Radhi baru keluar dari sebuah bank.

Lafaz tersebut berbunyi: ''Aku ceraikan kau talak tiga terus, ok.''

Ujar Shazlin, Radhi juga didakwa mengakui pernah melafazkan talak tersebut berdasarkan satu khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pengakuan tersebut berbunyi 'The second one, yes I did' (Kali kedua itu, benar saya lafazkannya) merupakan balasan kepada pertanyaan Shazlin kepada Radhi berhubung lafaz cerai kali kedua itu.

Kedua-dua mereka juga tidak lagi duduk serumah sejak lafaz cerai kali pertama diucapkan sehingga hari ini.

Selepas selesai memberi keterangan dalam kira-kira 10 minit, peguam syarie Rubiah Jaafar yang mewakili Shazlin memohon agar satu waran tangkap dikeluarkan bagi memastikan kehadiran Radhi.

Ini kerana, katanya, perbualan telefon tersebut berlaku antara pasangan itu tanpa didengar oleh mana-mana saksi.

Ghazali membenarkan permohonan tersebut. Perbicaraan dan sebutan waran tangkap ditetapkan pada 1 Disember ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.