saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 04/11/2009

TEKUN bantu kaum India Lipis

KUALA LIPIS 3 Nov. - Sebanyak 10 peratus daripada dana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional di daerah ini dikhususkan untuk melahirkan usahawan daripada kaum India.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamed Shahrom Osman berkata, usaha itu dilakukan supaya lebih ramai kaum India akan terlibat dalam sektor ekonomi sejajar dengan pertumbuhan pesat bandar Kuala Lipis.

Menurutnya, kerajaan sentiasa bersungguh-sungguh membantu kebajikan kaum India terutama dalam membuka peluang bidang keusahawanan dan pendidikan kepada mereka.

''Kerajaan akan membantu membangunkan 2,000 usahawan kaum India menerusi pinjaman Yayasan TEKUN bernilai hampir RM15 juta di seluruh negara," katanya ketika berucap pada majlis terbuka Deepavali MIC Lipis di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, seramai 100 penduduk warga emas dan kanak-kanak kaum India menerima hamper makanan bernilai RM5,000.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamed; Ketua MIC Lipis, N. Selvaraj dan Setiausaha MCA Lipis, Wong Chang Sang.

Mohamed Shahrom turut mengumumkan kelulusan peruntukan untuk membina kantin baru di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kuala Lipis dan jalan berturap sepanjang enam kilometer di Ladang Selborne di Padang Tengku, dekat sini.

Dalam pada itu beliau turut mengajak penduduk pelbagai kaum di sini mengenepikan perbezaan sebaliknya menyahut seruan kerajaan ke arah perpaduan menerusi konsep 1Malaysia.

Tegasnya, perbezaan pendapat dalam hal remeh-temeh antara kaum wajar diketepikan supaya tidak memudaratkan hubungan yang terjalin sejak sekian lama dan semua kaum perlu bekerja lebih kuat bagi membangunkan kawasan masing-masing.

Mohamed Shahrom berkata, seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dihayati supaya semua kaum bergerak seiring bagi kesejahteraan penduduk.

''Kita tidak pernah membezakan antara kaum sebaliknya memberi peluang saksama dan telus dalam semua bidang sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, penduduk perlu menghormati dan memahami budaya kaum lain yang menjadi teras pada kekuatan dan perpaduan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.