saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/11/2009

Tuanku Mizan hadiri Mesyuarat Ke-219 Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR 5 Nov - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menghadiri hari terakhir Mesyuarat Ke-219 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini hari ini.

Seri Paduka Baginda diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat hari ini yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, dihadiri semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri kecuali Kelantan, Pahang, Perak, Johor dan Terengganu.

Kelantan diwakili Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra: Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad; Perak oleh Pemangku Sultan, Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah dan Johor diwakili Raja Muda, Tunku Ismail Ibrahim Ibni Tunku Ibrahim Ismail.

Terengganu pula diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.

Mereka diiringi Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing.

Mesyuarat dua hari itu yang bermula semalam, membincangkan perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan, pelantikan, ekonomi serta perkembangan industri kewangan Islam. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.