saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 06/11/2009

Thailand panggil pulang duta dari Kemboja


Gambar fail bertarikh 31 Mei 2003 merakamkan Thaksin (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen (kiri) selepas kedua-dua pemimpin itu mempengerusikan mesyuarat bersama Kabinet Thailand dan Kemboja di Ubon Ratchathani, timur laut Thailand. Kemboja telah melantik Thaksin sebagai penasihat ekonomi negara itu semalam. – AFP


BANGKOK 5 Nov. – Thailand memanggil pulang dutanya ke Kemboja sebagai membantah tindakan negara itu melantik bekas Perdana Menterinya, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat ekonomi kerajaan negara tersebut.

Kerajaan Kemboja mengumumkan pelantikan itu menerusi televisyen tempatan lewat malam tadi, dua minggu selepas Perdana Menterinya, Hun Sen, menjengkelkan Bangkok dengan menawarkan jawatan itu kepada Thaksin.

Thailand menyifatkan tindakan Kemboja boleh menyebabkan hubungan dua negara berkenaan bertambah buruk.

Thaksin yang pernah dilantik dua kali sebagai Perdana Menteri, digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada 2006 dan kini menetap di luar negara bagi mengelak daripada hukuman penjara berikutan jenayah rasuah.

Kerajaan Thailand yang kini dipimpin pesaingnya, Abhisit Vejjajiva mahu membawa Thaksin pulang bagi dihadapkan ke muka pengadilan.

“Kami telah memanggil pulang duta kami sebagai satu tindak balas diplomatik bagi memberitahu kerajaan Kemboja tentang rasa tidak puas hati rakyat Thailand,’’ kata Abhisit.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Thailand, Suthep Thaugsuban yang ditanya adakah pelantikan Thaksin akan memperbaiki hubungan dua negara berkata: “Ia tidak mungkin membantu. Langkah Kemboja itu boleh membuatkan keadaan bertambah buruk.’’

Suthep berkata, Thailand juga akan mendesak penyerahan balik Thaksin sekiranya beliau tinggal di Kemboja dengan menyatakan bahawa perjanjian antara dua negara berkenaan boleh melindungi kes bekas Perdana Menteri tersebut.

“Jika mereka enggan menyerahkan Thaksin, kita menganggap perjanjian antarabangsa Thailand-Kemboja telah dimungkiri,’’ katanya.

Thaksin yang dipercayai banyak menghabiskan masa di Dubai sebelum ini melalui ulasannya di Twitter berkata, beliau berterima kasih kepada Hun Sen atas pelantikan itu, namun masih mahu berkhidmat untuk kesejahteraan Thailand.

“Terima kasih kepada Hun Sen dan saya telah menerima satu salinan tawaran yang ditandatangani Raja Sihamoni. Ia satu penghormatan. Namun, ia tidak akan menggembirakan seperti bekerja untuk membantu rakyat Thailand keluar daripada kemiskinan,’’ katanya.

Thaksin kekal sebagai seorang bekas pemimpin berpengaruh di Thailand, di mana beliau telah mendorong bantahan besar-besaran terhadap kerajaan Abhisit sejak tahun lalu. – AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.