saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 07/11/2009

Menghasilkan merak daripada tin terbuang


Mohd. Shukri Abdullah menunjukkan hiasan hantaran burung merak yang dihasilkan daripada tin minuman ringan terbuang, baru-baru ini.


TELUK INTAN 6 Nov. - Menghasilkan sesuatu kraftangan melalui barangan terbuang seperti kertas, botol plastik dan juga tin-tin minuman ringan bukanlah suatu perkara baru di negara ini.

Kebiasaannya, semua barangan kreatif yang dihasilkan melalui idea yang berlainan tersebut adalah untuk tujuan serupa iaitu sebagai cenderahati atau barangan perhiasan rumah.

Seorang bekas kakitangan sebuah bank di sini, kraf tangan yang dihasilkannya bukan sahaja untuk dijadikan cenderahati atau pun barangan perhiasan rumah tetapi turut mendapat permintaan untuk dikomersialkan.

Mohd. Shukri Abdullah, 57, ketika di temui di rumahnya di Taman Impiana, dekat sini berkata, burung merak yang diperbuat daripada tin minuman ringan hasil kraf tangannya itu semakin mendapat permintaan terutama untuk majlis perkahwinan dan pertunangan di sekitar kawasan Hilir Perak.

Mohd. Shukri, berkata dia mendapat ilham membuat kraf tangan tersebut melalui seorang rakannya yang membuat pelbagai barangan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti botol plastik dan juga tin-tin minuman ringan.

''Kawan saya itu menghadiahkan bunga yang diperbuat daripada botol plastik tak lama dulu. Apabila pulang ke rumah, saya terpegun dengan keunikan barang itu dan saya mula memerhati bagaimana ia dihasilkan.

''Saya tertarik dan sejak itu, cuba menghasilkan kraftangan yang berlainan dengan orang lain dan mula membuat burung merak kerana burung ini mempunyai bentuk badan yang menarik.

''Memang pada awal agak sukar namun selepas beberapa kali mencuba, saya berjaya menghasilkan burung merak melalui tin minuman ringan," katanya baru-baru ini.

Kata Mohd. Shukri lagi, selain mengisi masa yang banyak terluang sejak bersara, dia turut menganggap aktiviti yang diusahakannya itu sebagai salah satu sumbangan ke arah mesra alam sekitar.

Ini kerana ujarnya, dia kerap mengutip tin-tin kosong yang ditemui di tepi jalan selain membeli daripada restoran dengan harga lima dan 10 sen satu tin.

Katanya, harga seekor burung merak yang dihasilkan adalah RM2 manakala hiasan hantaran pula berharga antara RM40 hingga RM50.

''Alhamdulillah, usaha saya semakin mendapat sambutan menggalakkan malah rakan-rakan daripada kaum India banyak membuat tempahan sebegini," katanya sambil melahirkan hasrat untuk membesarkan lagi perniagaannya itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.