saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/11/2009

Bachok dilanda bah selepas 10 tahun

BACHOK 7 Nov. - Hujan lebat yang melanda Pantai Timur sejak kelmarin menyebabkan beberapa buah kampung di sini dinaiki air sehingga paras pinggang, yang merupakan kejadian pertama selepas lebih 10 tahun.

Ekoran daripada itu, seramai 82 orang daripada 14 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Pak Badol di sini sejak petang semalam apabila rumah masing-masing dinaiki air selepas subuh semalam.

Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Tasik, Mak Lipah, Pak Koja dan Mahligai sehingga memaksa penduduk terlibat meninggalkan rumah untuk menyelamatkan diri dengan menaiki bot Jabatan Bomba dan Penyelamat mulai pukul 7.30 petang semalam.

Mereka mendakwa, banjir kali ini paling teruk selepas 10 tahun sehingga terpaksa berpindah kerana sebelum ini air hanya naik ke paras betis dan mereka akan menumpang rumah saudara mara atau jiran tetangga di kawasan lebih tinggi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua UMNO Bahagian, Datuk Dr. Awang Adek Hussin turut meluangkan masa melawat mangsa banjir dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

Menurut Awang Adek, pihaknya terkejut dengan kejadian itu kerana selama ini kawasan Bachok bebas daripada banjir teruk walaupun sedia maklum menjelang akhir tahun, beberapa jajahan di negeri ini akan berhadapan dengan musim tengkujuh.

''Saya sendiri mulanya hairan dan terkejut apabila menerima berita sesetengah kawasan di Bachok ditenggelami air yang naik secara mendadak sejak subuh semalam kerana lebih 10 tahun kejadian banjir tidak berlaku di sini.

''Perkara ini akan dikaji apakah hujan lebat dalam kuantiti yang banyak puncanya atau disebabkan ada sungai yang tersumbat menyebabkan banjir," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas lawatan itu.

Tambahnya, semua mangsa yang kebanyakan petani akan ditempatkan di pusat sementara di sekolah tersebut dan diberi bantuan makan dan minum serta alas tidur sehingga keadaan banjir surut dan keadaan terkawal sebelum dibenarkan pulang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.