saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/11/2009

KL ketuai piawaian halal OIC

ISTANBUL 8 Nov. - Malaysia diberi kepercayaan oleh negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi mengetuai usaha mewujudkan penyeragaman piawaian halal OIC yang bakal digunakan negara anggota sebagai piawaian tunggal untuk produk halal.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia seperti yang diputuskan pada Mesyuarat Peringkat Menteri Jawatankuasa Kerja Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan OIC (Comcec) yang berlangsung di sini semalam.

Menurut beliau, pada mesyuarat tersebut, beberapa negara anggota OIC yang berpengaruh termasuk Arab Saudi sendiri menyokong supaya Malaysia mengetuai usaha tersebut memandangkan kepakaran dan kelebihan negara dalam industri produk halal.

Katanya, perkara ini satu penghormatan besar terhadap kemampuan Malaysia dalam industri halal dan untuk tujuan itu, satu jawatankuasa melibatkan pelbagai agensi akan ditubuhkan bagi menjayakan usaha ini.

"Usaha ini juga akan melibatkan Turki kerana mereka juga berminat untuk bekerjasama dengan kita membentuk piawaian halal yang seragam bagi digunakan oleh OIC.

"Jawatankuasa yang dibentuk juga bakal disertai negara-negara OIC lain yang berminat dan syor awal mengenainya akan dibentangkan pada Mesyuarat Comcec akan datang,'' katanya kepada media Malaysia selepas berakhirnya Mesyuarat Peringkat Menteri Comcec di Pusat Konvensyen dan Pameran Istanbul di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, soal penyeragaman piawaian halal OIC mula ditimbulkan oleh Malaysia sejak 2005 lagi dan ketika itu banyak negara anggota yang ragu-ragu tentang keperluan cadangan ini.

Namun katanya, kesedaran mengenai perkara tersebut mula wujud setelah mereka melihat sendiri betapa pentingnya industri halal di peringkat global yang pastinya dapat memajukan ekonomi negara-negara OIC.

"Dengan piawaian halal yang diiktiraf semua negara OIC, maka ini akan memberikan satu lagi kelebihan yang cukup kompetitif untuk negara OIC bersaing dalam industri halal yang cukup berkembang pesat sekarang.

"Dengan penyeragaman ini juga mungkin bermakna OIC akan mengeluarkan satu logo halal yang diterima seluruh dunia dan sebab itu semua negara anggota OIC melihatnya supaya ia disegerakan," jelasnya.

Selain itu Mukhriz berkata, terdapat tiga perkara asas melibatkan Malaysia yang turut dibincangkan pada mesyuarat Comcec termasuk soal keselamatan makanan yang dilihat suatu krisis di kalangan negara-negara membangun.

Jelasnya, perkara kedua pula berhubung kewangan Islam dan pada mesyuarat tersebut satu pembentangan telah dilakukan oleh seorang sarjana kewangan Islam tentang kemampuan kewangan Islam mengatasi krisis kewangan global.

"Oleh itu, kita telah mencelah dalam soal ini dan menyatakan kesediaan bagi membantu meningkat keupayaan negara anggota bagi mewujudkan produk kewangan Islam dan dilihat banyak negara yang berminat untuk menimba pengalaman kita.

"Perkara ketiga berhubung krisis tenaga dan yang dibincangkan ialah untuk menangani masalah turun naik harga minyak global, manakala mengenai Protokol Pilihan Dagangan OIC (Pretas) pula, Bangladesh menjadi negara ke-10 yang mengesahkannya dan ini membolehkan ia dilaksanakan tidak lama lagi.

"Malaysia sebagai sebuah negara terlibat dijangka mendapat manfaat besar termasuk mampu meningkatkan dagangan sehingga 20 peratus di kalangan negara terlibat apabila ia dilaksanakan kelak ," ujarnya. - utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.