saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 10/11/2009

Tiga ADUN BN Selangor saman Selcat

SHAH ALAM 9 Nov. - Tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di negeri ini hari ini memfailkan saman terhadap Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) bagi mengisytiharkan jawatankuasa itu tidak sah.

Saman pemula oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad, 65; ADUN Morib, Hasiman Sidom, 48; dan ADUN Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun, 48, itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Balvinder Singh Kenth di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pukul 11.30 pagi.

Mereka menamakan Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim dan enam ahli jawatankuasanya; Haniza Mohamed Talha, Mohamed Azmin Ali, Saari Sungib, Edward Lee Poh Lin, Sulaiman Abdul Razak dan Ismail Sani sebagai defendan.

Turut disenaraikan tiga lagi defendan iaitu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Setiausaha DUN Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor.

Mengikut afidavit sokongan yang diikrarkan oleh ketiga-tiga plaintif, mereka mendakwa gabungan memerintah DUN Selangor bertindak secara mala fide (niat jahat) dalam meluluskan usul untuk prosiding-prosiding Selcat.

Dakwa mereka, Selcat digunakan secara tidak adil dan salah di sisi undang-undang sebagai alat untuk memalu, memfitnah dan mencela pegawai-pegawai awam serta ahli-ahli kerajaan negeri daripada BN.

Mereka turut mendakwa Chang Khim berada dalam tiga kedudukan yang masing-masing mempunyai kepentingan bercanggah iaitu sebagai Pengerusi Selcat, Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor serta Speaker DUN.

Sehubungan itu, pihak plaintif memohon perintah-perintah:

l Deklarasi bahawa komposisi Selcat tidak membayangkan imbangan antara parti-parti dalam DUN sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 72(1) Peraturan-Peraturan Tetap DUN Selangor.

l Deklarasi bahawa Selcat telah bertindak melanggar Peraturan 75 Peraturan-Peraturan Tetap dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dalam menjalankan pendengaran terbuka dengan membenarkan penyiaran laporan mengenai prosiding sebelum laporan rasmi dibentangkan.

l Deklarasi bahawa defendan pertama diletak dalam posisi bertentangan sebagai pengerusi Selcat yang menyebabkan prosiding Selcat adalah batal dan tidak sah kerana bercanggah dengan prinsip-prinsip keadilan asasi.

l Deklarasi alternatif bahawa prosiding dan fungsi Selcat telah melanggar perkara-perkara yang dirizabkan oleh Peraturan-Peraturan Tetap dan Perlembagaan Negeri Selangor bagi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan DUN Selangor.

l Deklarasi alternatif bahawa perkara-perkara yang dibincangkan oleh Selcat telah melampaui batas perkara-perkara yang dirujuk secara nyata kepadanya oleh DUN Selangor dan prosiding itu terbatal dan tidak sah kerana bercanggah dengan Peraturan 73(4) Peraturan-Peraturan Tetap.

l Deklarasi bahawa DUN Selangor tidak mempunyai bidang kuasa untuk melulus atau menggubal kesalahan-kesalahan jenayah dalam bentuk Enakmen Penghinaan Dewan (Negeri Selangor) 2009.

l Deklarasi bahawa penubuhan Selcat dan prosiding-prosiding yang dilakukan adalah terbatal dan tidak sah serta tidak mempunyai sebarang kesan.

Ketiga-tiga defendan hadir ditemani tiga peguam, Datuk V. Sithambaram, Kamarul Hisham Kamarudin dan Balvinder Singh serta kira-kira 30 penyokong mereka.

Pada 15 Julai lalu, Selcat menggantung bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo selama setahun dan menarik balik semua keistimewaannya sebagai wakil rakyat.

Keputusan itu dibuat selepas beliau gagal hadir sidang siasatan awam Selcat pada Mac lalu berhubung penggunaan wang penajaan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) selain didakwa mengeluarkan kenyataan menghina jawatankuasa itu dalam media.

Turut digantung oleh Selcat ialah empat ADUN BN iaitu Datuk Warno Dogol (Sabak Bernam), Datuk Mohd. Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd. Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil) kerana kesalahan menghina Selcat dalam media.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.