saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 10/11/2009

Pengurusan kes saman Anwar terhadap Mohd. Saiful 28 Januari

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Pengurusan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan atas dakwaan berniat jahat kerana membuat laporan polis berhubung tuduhan diliwat, ditetapkan pada 28 Januari depan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu di kamar beliau selepas kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Pada 30 Jun tahun lalu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman terhadap Mohd. Saiful dengan mendakwanya membuat laporan polis itu untuk satu sebab tersembunyi, di samping memburukkan dan merosakkan dirinya sebagai ahli politik.

Anwar, 62, dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Mohd. Saiful, 24, tahu bahawa dakwaan liwat itu adalah palsu namun bekas pembantunya itu tetap membuat laporan polis pada 28 Jun tahun lepas.

Anwar mendakwa akibat laporan polis itu, reputasinya terjejas dan beliau mengalami penderitaan dan malu yang teramat sangat.

Mohd. Saiful dalam pernyataan pembelaan yang difailkan Mei lalu berkata, laporan polis itu adalah bersifat wajar dan sekiranya tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar terhadap tuduhan liwat itu.

Pada 7 Ogos tahun lepas, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan meliwat Mohd. Saiful dan beliau dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Kes liwat itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 November ini di Mahkamah Tinggi. Perbicaraan kes itu pada mulanya ditetapkan 1 Julai hingga 23 Julai lepas, tetapi mahkamah menangguhkan bagi membolehkan mahkamah mendengar beberapa permohonan yang difailkan Anwar berhubung kes itu. - BERNAMA.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.