saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 10/11/2009

Konflik Kemboja-Thailand malukan ASEAN

BEKAS Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra akan memulakan tugasnya sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan Kemboja mulai minggu ini.

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen kelmarin mengumumkan bahawa Thaksin dijadual memberi penerangan ringkas kepada 300 orang pakar ekonomi Kemboja di Kementerian Ekonomi dan Kewangan negara itu pada Khamis ini.

Perkembangan terbaru itu sudah pasti sesuatu yang tidak baik bagi ASEAN, memandangkan kedua-dua negara berjiran itu adalah negara anggota pertubuhan serantau itu.

Malahan, ASEAN telah melahirkan kebimbangan terhadap persengketaan diplomatik antara Kemboja dan Thailand dan meminta kedua-dua negara berkenaan mengawal perselisihan faham antara mereka dengan baik.

Berikutan pelantikan Thaksin sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan Kemboja itu, Thailand bertindak memanggil pulang dutanya dari Kemboja pada Khamis lalu, disusuli oleh tindakan yang sama oleh Kemboja.

Thailand terus bertindak lebih drastik dengan membatalkan memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara berhubung usaha cari gali minyak yang ditandatangani antara kedua-dua negara semasa Thaksin masih berkuasa, dan yang terbaru Thailand bertindak menutup sempadannya dengan Kemboja diikuti tindakan serupa daripada pihak Kemboja.

Sebagai mengulas tindakan Thailand itu, Hun Sen berkata, tindakan yang dilakukan oleh negara jirannya itu lebih merugikan Thailand.

Sementara Perdana Menteri Thailand Abhisit Vijjajiva kelmarin pula mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa keputusan Thailand dilakukan demi menjaga maruah negara dan rakyatnya.

Hubungan kedua-dua negara terus meruncing apabila Hun Sen yang secara terbuka mengkritik cara kerajaan Thailand melayan Thaksin semasa beliau tiba di bandar Hua Hin, Thailand untuk menghadiri sidang kemuncak ASEAN, baru-baru ini.

Hun Sen menyifatkan Thaksin sebagai 'mangsa politik' di negaranya sendiri dan mempelawa Thaksin untuk menetap sebagai tetamu di Kemboja.

Insiden itu tidak berakhir di situ setelah Hun Sen dan Abhisit bertikam lidah pada sidang kemuncak ASEAN selepas Perdana Menteri Kemboja itu menawarkan bekas Perdana Menteri Thailand yang digulingkan itu tempat perlindungan dan membayangkan akan memberi kedudukan sebagai penasihat ekonomi di Kemboja.

Hun Sen menghangatkan lagi keadaan pada mesyuarat yang dipengerusikan Thailand itu dengan membandingkan kesusahan yang dilalui Thaksin sama seperti kesukaran yang dihadapi ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Tidak hairanlah sekiranya Thailand mengambil tindakan drastik dalam hubungannya dengan Kemboja kerana Abhisit merasakan Kemboja cuba campur tangan dalam hal ehwal Thailand.

Hun Sen pula mempunyai hubungan akrab secara peribadi dengan Thaksin sejak pemimpin Thailand itu berkuasa kerana kagum dengan kemampuannya membangunkan Thailand bangkit daripada kegawatan ekonomi akibat krisis kewangan dan ekonomi pada 1999.

Apa pun seperti kata Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan, Kemboja dan Thailand perlu menyelesaikan kemelut sesama mereka secara baik kerana perkembangan yang berlaku antara negara berjiran itu memalukan ASEAN dan menjejaskan kredibiliti ASEAN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.