saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 10/11/2009

233 pusat Permata akan dibuka tahun depan - Ahmad Maslan

10/11/2009 2:47pm

KUALA LUMPUR 10 Nov Program Permata yang mendapat peruntukan RM100 juta pada pembentangan bajet 2010 akan memperluaskan lagi programnya ke 233 buah pusat jagaan kanak-kanak, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata perluasan program itu termasuklah melaksanakan program Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan dan Perkasa Remaja.

Program itu yang setakat ini telah diperkenalkan di 457 pusat jagaan kanak-kanak telah mendidik 17,565 kanak-kanak, katanya semasa menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang ingin mengetahui pendekatan yang digunakan Pusat Anak Permata dan peruntukan yang telah diluluskan serta bilangan kanak-kanak yang berada di bawah program tersebut.

Ahmad berkata bagi memastikan kejayaan program itu, tenaga pendidiknya disyaratkan berkelulusan diploma dalam bidang asuhan dan didikan awalan kanak-kanak atau yang berkaitan.

"Mereka juga perlu mengikuti Kursus Asas Pendidik Permata selama enam minggu manakala jumlah tenaga pendidik Permata berasaskan nisbah seorang pendidik untuk setiap lima orang anak.

"Nisbah ini adalah mengikut standard yang telah diterimapakai dalam pendidikan awal negara maju, katanya. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.