saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/11/2009

Tabung Haji guna jalur lebar di Mekah

MEKAH 11 Nov. – Tabung Haji buat pertama kalinya menggunakan teknologi jalur lebar bagi memantapkan sistem perolehan dan penyaluran maklumat termasuk proses penyimpanan dan pengeluaran wang oleh jemaah pada musim haji tahun ini.

Pengarah Operasi Teknologi Maklumat (IT) Tabung Haji di Mekah, Roslan Saad berkata, penggunaan teknologi itu adalah projek perintis sebagai sokongan kepada sistem yang digunakan sebelum ini.

Menurut beliau, keperluan kepada sistem sokongan begitu penting kerana berdasarkan pengalaman lalu kerap berlaku gangguan kepada gelombang penerimaan sehingga menjejaskan proses kerja.

‘‘Sebarang gangguan kepada gelombang penerimaan akan menjejaskan banyak sistem maklumat termasuk data-data penting jemaah haji.

‘‘Bahagian kaunter juga tidak dapat mengendalikan urusan penyimpanan dan pengeluaran wang jemaah di Mekah,” katanya kepada pasukan media Tabung Haji di sini, hari ini.

Unit IT Tabung Haji semasa musim haji ini beroperasi di tiga lokasi utama iaitu Mekah dengan anggota seramai 11 orang, Madinah dan Jeddah masing-masing dua orang petugas.

Di Mekah, kata Roslan, pihaknya memasang pelayan utama di Hospital Syi- sha yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar untuk hospital, klinik, maktab penginapan jemaah serta kaunter penyimpanan dan pengeluaran wang.

Mengulas lanjut penggunaan sistem jalur lebar itu, Roslan berkata, sekiranya projek perintis itu berjalan lancar, pihaknya akan memperluaskan penggunaannya.

‘‘Sebagai langkah berjaga-jaga, sistem sokongan lain digunakan sebagai persediaan jika berlaku hal tidak diingini. Kita akan mendapatkan sokongan daripada sistem IT dari Ibu Pejabat Tabung Haji di Kuala Lumpur,” jelasnya yang juga Pengurus Besar Perancangan Strategik dan Urus Tadbir Jabatan Teknologi Maklumat Tabung Haji. – Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.