saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 12/11/2009

Bosnia: Kukuhkan hubungan perdagangan


Presiden Bosnia Herzegovina, Dr. Haris Silajdzic (dua dari kanan) memperkatakan sesuatu kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menghadiri menghadiri Forum Perniagaan Global Malaysia-Bosnia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)Kuching, Sarawak, semalam.


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Malaysia seharusnya menjalin hubungan perdagangan yang baik dengan Bosnia and Herzegovina untuk menggunakan saluran hubungan yang mereka ada di Eropah Timur.

Mengesyorkan perkara ini, mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia sepatutnya menjadi rakan kongsi asing kepada Bosnia kerana terdapat banyak peluang di rantau ekonomi Eropah Timur.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas berakhirnya "Forum Perniagaan Global Malaysia — Bosnia" yang diadakan di Kuching hari ini. Turut hadir di forum tersebut ialah Presiden Bosnia dan Herzegovina, Dr. Haris Silajdzic.

Dr. Mahathir berkata, persidangan itu tepat pada masa, sambil menambah Sarawak merupakan lokasi paling strategik kerana ia berminat untuk memainkan peranan dalam pembangunan perdagangan.

Dr. Silajdzic berterima kasih kepada Sarawak kerana menganjurkan persidangan itu dengan berkata beliau akan membawa pulang idea ekonomi yang bernilai daripada Dr. Mahathir ke negaranya.

"Dalam forum ini, perniagaan sebenar diperbincangkan, yang membawa hubungan antara kedua-dua negara ke tahap pelbagaian ekonomi baharu dengan kumpulan pendidikan, tenaga, halal dan pelancongan saling bekerjasama," katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.