saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 12/11/2009

Anwar sifatkan akhbar berniat jahat

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penulis artikel yang mengaitkan dirinya sebagai ejen Amerika Syarikat (AS) dan disiarkan dalam akhbar The New Straits Times (NST), tujuh tahun lalu berniat jahat.

Anwar, 62, yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini juga mendakwa artikel bertajuk Anwar's link to US lobbyist (Hubungan Anwar dengan pelobi AS) yang disiarkan dalam akhbar tersebut telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga.

Beliau selaku plaintif mendakwa, ia juga sebagai satu alat untuk menyerangnya secara peribadi bertujuan mencemarkan reputasi dan karier politiknya.

Menjawab soalan peguam Karpal Singh yang mewakilinya, Anwar berkata, dakwaan yang terkandung di dalam artikel tersebut juga tidak berasas sama sekali kerana tiada satu pun yang benar.

Disebabkan artikel yang didakwa memfitnah dirinya, Anwar berkata, beliau telah digambarkan sebagai seorang pemimpin yang tidak jujur, tidak bermoral, tidak boleh dipercayai dan menjadi ejen AS.

Artikel tersebut juga mendakwa Anwar mempunyai kaitan kewangan dengan pelobi Washington D.C, Douglas H. Paal yang mengetuai Asia Pacific Policy Centre (APPC).

Dalam keterangannya, Anwar menyatakan, beliau pernah mencabar kerajaan Malaysia menjalankan inkuiri siasatan terhadap dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid terhadapnya.

Abdul Murad pada 26 Oktober 1999 dalam akuan berkanunnya mendedahkan bahawa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Menurut Anwar lagi, Abdul Murad bagaimanapun pada 2003 telah menafikan memberi persetujuan terbuka berhubung pengakuan bersumpah yang dibuatnya itu.

Anwar menyatakan demikian semasa memberi keterangan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Harmindar Singh Dhaliwal dalam kes saman fitnahnya pada 2003 terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan, Tan Sri Abdullah Ahmad.

Anwar mendakwa, artikel tersebut yang disiarkan pada 2 Mac 2002 telah menjejaskan nama baiknya.

Selain Anwar, turut memberikan keterangan sebagai saksi plaintif ialah Bekas Pengarah Bahagian Siasatan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris, 60.

Saksi itu memberitahu, badan itu telah menjalankan siasatan terhadap pengakuan berkanun itu termasuk pergi ke Singapura dan United Kingdom untuk mendapatkan bukti.

''Namun hasil siasatan mendapati tiada kes terhadap Datuk Seri Anwar atau sesiapapun berhubung dakwaan yang terkandung dalam pengakuan bersumpah Abdul Murad,'' kata Abdul Razak.

Sehubungan itu beliau telah mengarahkan siasatan ditutup selepas merumuskan semua dakwaan dalam pengakuan bersumpah itu adalah tidak berasas.

Sementara itu, saksi defendan iaitu penulis artikel tersebut, Datin Rose Ismail, 54, memberitahu, artikel yang dihasilkannya bukan pandangan peribadi ataupun komen beliau.

Sebaliknya ia bersandarkan kepada satu artikel yang telah disiarkan secara meluas dalam akhbar dan laman sesawang sebelum itu, ujar Rose.

Saksi juga tidak bersetuju dengan pandangan Karpal bahawa beliau cuai ketika menulis artikel tersebut.

Menurutnya, beliau tidak menghubungi Anwar disebabkan plaintif ketika itu berada di dalam Penjara Sungai Buloh.

Selepas pihak plaintif menutup kes setelah semua saksi selesai memberi keterangan, Harmindar memerintahkan supaya kedua-dua pihak mengemukakan penggulungan hujah esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.